Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 31 Disember 2016

Pahit manis 2016

Assalamualaikum...(^ ^)

2016 akan melabuhkan tirainya beberapa jam lagi. Alhamdulillah sepanjang 2016 banyak kisah manis yang Mas lalui walaupun ada jugak pahitnya. Tapi pahit itulah menjadikan kita lebih menghargai kehidupan. Pahit itulah yang jadikan kita lebih matang menempuhi hari mendatang.

Antara kemanisan 2016.

1. Bercuti bersama keluarga tercinta ke Sabah dan Langkawi. Walaupun hanya dalam Malaysia tapi kenangan tak dapat camtu je kan? Yang penting berjaya melancong dengan hasil tabungan sendiri.




2. Kembara bersama keluarga blogger KBBA9 ke Taman Negara. Memang impian Mas nak jejak kaki ke Taman Negara, akhirnya terlaksana. Terima kasih sangat pada para penaja dan keluarga KBBA9.



3. Berjaya mendaki Bukit Broga bersama husband dan anak². Memang impian dah lama dan akhirnya sebelum peghujung 2016 impian ni terlaksana. Puashati sangat sebab dapat mendaki dengan keluarga, rasa teruja tu lain macam sikit!



4. Alhamdulillah dapat rezeki beli kereta kedua yang lebih selesa untuk keluarga.


Yang pahitnya tetap ada walaupun Mas tak mahu ingat. Tapi camne pun ia tak mudah dilupakan.

Pahit sangat bila anak yang dikandung keguguran semasa usianya 3 bulan lebih. Memang sedih tapi dah ketentuan Allah tiada rezeki Mas nak tengok dia lahir ke dunia. Allah lebih sayangkan dia. Alaaaaa tak nak kenanglah, nanti lagi sedih. Moga ada rezeki mengandung lagi tahun 2017, ehhhhh. Hehehee!

Itulah pahit manis 2016 yang Mas lalui. Semua itu akan jadi memori dan kenangan dalam hidup Mas untuk teruskan kehidupan di tahun depan. Moga 2017 janjikan yang lebih baik dan manis belaka!

Jumaat, 30 Disember 2016

Perbelanjaan asrama Atikah

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa minggu ni memang minggu duit, duit dan duit! 

Sekelip mata je beratus² dah habis demi persekolahan anak². Nak buat camne kan, semuanya untuk pelajaran mereka. Jadi kenalah kita usahakan sehabis baik untuk sediakan semua keperluan tu! 


Mas terasa sikitlah tahun ni sebab dah 3 orang bersekolah kan? Pastu ditambah lagi kakak Atikah nak masuk asrama. Pertama kali anak masuk asrama, jadi tiada pengalaman. Mula² terkejut ala² cipan jugak bila tengok yuran yang kena bayar dan keperluan barang² yang kena beli. Cecah dekat RM2k jugak! Tapi nasiblah yuran ni boleh bayar secara ansuran, kalau tak rasa sesak nafas jugak. 

Cuma barang² keperluan je yang kena beli awal. Nampak je sikit tapi dekat RM200 jugak. Jadi sebab itu kita kena ada sedikit simpanan untuk anak², nak harapkan dapat sedebuk duit memang susah. Tapi kalau takde simpanan kena ada pendapatan sampingan, nak harapkan gaji je memang tak cukup. 


Alhamdulillah Mas dapat uruskan dengan lancar, ada rezeki untuk Atikah dari kerja part time husband dan dari Mas berblog.  Dapatlah beli barang² keperluan dia untuk ke asrama. Sekarang bab barang peribadi semua dah lengkap, tinggal beli barang² keperluan asrama dan bayar sikit yuran asrama.

Fuhhh lap peluh dan tengok duit dalam dompet, hehehee!

Khamis, 29 Disember 2016

Azam tahun baru

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh nak masuk tahun baru dah. 

Azam tahun lepas tak tercapai lagi ni, camne? Alaaa bawak ke tahun barulah, moga tercapai. Dah nak masuk 3 tahun tak tercapai jugak azam aku ni!


Haaa bila nak melangkah je ke tahun baru setiap orang pasti dah tanam azam baru dalam diri. Tapi janganlah jadi macam kes kat atas ni, bertahun² azam yang sama tak tercapai. Yelah tak sungguh² dan tak letak komitmen yang tinggi, camne nak tercapai kan? 

Bagi Mas mudah je, tetapkan satu azam je. Bila dah capai sebelum penghujung tahun bolehlah tambah lagi satu azam baru pulak. Tapi dengan syarat ianya boleh dicapai, kalau rasa tak boleh tak perlulah kan? Pastu pastikah azam tu kita mampu lakukan dan mampu capai hingga berjaya! 

Bagus sebenarnya kita tetapkan azam ni, barulah kita akan berusaha nak dapatkannya. Kalau tak kita asyik hangat² taik ayam je, buat separuh jalan dah putus asa! Dengan adanya azam tu kita akan ada target dan matlamat, jadi sudah tentu kita berikan komitmen yang tinggi padanya. Bila dah capai ia satu kepuasan dan bonus!


Apa azam tahun baru kawan²?

Azam Mas nak sambung capaikan target berat ideal 60kg tu, masih tak capai² lagi. Sekarang statik je kat angka 65kg. Pastu nak menabung untuk bawak husband dan anak² pergi melancong ke luar negara. Harap sangat kedua² azam ni tercapai dan Mas konsisten melaksanakannya.

Rabu, 28 Disember 2016

Airis dah tamat taska

Assalamualaikum...(^ ^)

Jumaat lepas adalah hari terakhir Mas hantar Airis ke taska. Minggu ni Mas biarkan dia duduk di rumah, kebetulan babahnya bercuti sampai 30hb. Pastu Mas nak dia habiskan masa dengan kakak dan abang, terutama kakaknya. Yelah 2/1/17 Atikah dah masuk asrama, jadi lepas ni susah sikit dia nak jumpa kakak. Mesti hari² tanya nanti, maklumlah itulah kawan rapat dan kawan gaduh.


Pengalaman selama 4 tahun di taska, alhamdulillah semuanya baik² je. Memang takde masalah serius yang Mas hadapi. Lagi pun tuan punya taska tu isteri bomba jugak, Mas kenal rapat dengan dia dan suaminya. Masa hari terakhir tu sedihlah jugak sebab dari usia Airis 5 bulan di taska tu. Di situlah dia membesar dan bergaul dengan kawan² dan cikgu². Pastu dialah orang pertama yang selalu jejak kaki ke taska seawal jam 6.45 pagi. Mesti lepas ni cikgu² akan rindu dengan dia, takde dah Airis ketuk pintu dan bagi salam awal² pagi.

31/12/16 ni pulak Hari Orientasi dia di Tadika PASTI. Dia memang dah teruja sangat nak pergi sekolah. Hari² tanya bila Airis boleh pergi sekolah macam kakak dan abang. Lagi dia seronok bila kasut, beg dan baju sekolah dah beli. 

Habis dah bab hantar anak ke taska dan Mas keluar rumah seawal jam 6.15 pagi. Lepas ni kalau ada rezeki giliran adik Airis pulak, hehehee! 


Siap suruh ambik gambar kenangan depan taska, siap bantal busuk tu. Lepas ni tak boleh dah bawak bantal busuk pergi sekolah ye Airis, hehehee!

Selasa, 27 Disember 2016

Xpedisi pendakian Bukit Broga

Assalamualaikum...(^ ^)

Puncak Broga telah ku tawan!



26/12/2016, berjaya akhirnya Mas, husband dan anak² mendaki Bukit Broga. Memang dah lama teringin nak daki, kalau boleh sebelum berakhir tahun 2016. Akhirnya keinginan itu terlaksana setelah puas pujuk husband, hehehee! Dia tak nak bukan apa, sebab takut kena dukung Airis sepanjang pendakian. Tapi takpe Mas kata, kita daki perlahan²lah. Lagi pun anak² dah teruja nak pergi, akhirnya dia setuju. 

Jadi pagi semalam selepas Subuh kami gerak dari rumah, dan sampai kat sana jam 6.30 pagi. Masa tu tempat parking dah penuh dengan kereta, maklumlah hari cuti jadi ramai yang nak mendaki. Bayaran parking RM3, dan jangan risau sebab parking memang luas. Pastu sekarang nak daki Bukit Broga pun dah dikenakan bayaran, RM1 untuk seorang.



6.45 pagi pendakian kami pun bermula. Masa tu agak gelap lagi, kami hanya gunakan lampu handphone untuk suluh jalan. Agak mencabar dan licin jugak trek sebab malam tu hujan kan. Tapi kami tetap berjaya sampai ke puncak walaupun berapa kali berhenti sebab husband semput jugak dok dukung Airis. Separuh jalan je dia seronok nak jalan sendiri pastu mengadu Airis penatlah. Akhirnya babah kena dukung, dengan mama dia tak mau. Hahahaa selamat mama!

Atikah dengan Arfan memang lagi teruja, laju je mereka mendaki. Bila tanya penat ke? Jawapnya tak penat pun, seronok sangat! Tapi nak naik dan turun dari puncak pertama ni memang agak mencabar sebab bukitnya tegak 90 darjah. Kena lebih berhati² sebab trek tanah kan, jadi licin sangat. Kena sentiasa pegang tali yang disediakan. 



Kami tiba di puncak pertama jam 7.30 pagi dan lepak kat situ selama ½ jam. Kemudian teruskan pendakian ke puncak kedua. Alhamdulillah jam 8.15 pagi kami berjaya berada di puncak Bukit Broga. Fuhhh tak tergambar dengan kata² masa tu, puashati sangat! Walaupun hanya bukit tapi yelah bukan senang nak mendaki dengan anak² kan? Keselamatan mereka kita kena utamakan.

Kami habiskan masa hingga jam 9.30 pagi di puncak Bukit Broga sambil menikmati udara yang segar dan permandangan indah serta bergambar sepuas²nya. Nasiblah masa tu cuaca baik, redup je. Jadi memang seronok lepak kat atas tu, nyaman sangat!



Itulah kisah xpedisi pendakian kami ke Bukit Broga. Tanya husband seronok tak, seronok katanya tapi kalau nak daki lagi kena tunggu Airis besar. Tak larat abang nak dukung dia, semput! Hahahaa, takpe bang jangan serik. Itulah pengalaman dan kenangan manis kita dan anak².











Isnin, 26 Disember 2016

Selfie dan Menang RM10,000

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa untuk kaki selfie mari dekat mari rapat. Rugi tau kalau tak sertai, hadiah lumayan RM10,000 menanti anda. Jom baca hingga ke noktah terakhir!


Pertandingan selfie ini sempena pembukaan MyTown Shopping Centre. Pusat membeli belah ini bersambung dengan Ikea Cheras tau. Wahhh bestnya, lepas shopping kat Ikea boleh terus ke MyTown. Ia dijangka akan dirasmikan pada awal tahun 2017 nanti. 

Jadi sementara tunggu MyTown tu dibuka marilah sertai pertandingan selfie ni. Caranya mudah sangat, ikut je panduan² ini:


2. Kemudian klik "Join Now". Baca serta fahami arahan dan langkah seterusnya.

3. Pastu klik "Start".

4. Pastikan login dengan akaun peribadi Facebook anda sendiri.

5. Upload gambar selfie anda dan kemudian edit sekreatif dan secomel mungkin menggunakan elemen² 'goose' yang disediakan.

6. Dah siap tekan "Submit" dan kongsikan di Facebook anda dengan hastag #GooseySelfie.


Ok siap, sekelip mata je! Pastu setiap minggu 10 peserta akan dipilih untuk menangi hadiah² lumayan. Haaa marilah pakat² cuba, mana tau bertuah. Ajak adik, abang, kakak dan rakan² anda untuk sertai. 

Mas dah sertai tau! Dipersembahkan si Agoosetina, comel kan? Hehehee!


Jom goosey sana goosey sini sambil #GooseySelfie! Untuk maklumat lanjut layari:

Jumaat, 23 Disember 2016

Pilihlah gaya hidup sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Dapat perkhabaran ada sahabat Mas disahkan ada kencing manis, seusia dengan Mas pulak tu. Sekarang hari² kena cucuk insulin, makan ubat dan kena kawal diet. Takut pulak Mas dengar dan simpati jugak dengan dia. Moga diabetesnya dapat dikawal dan dia sentiasa sihat.

Bila dengar cerita sebeginilah yang buat Mas lebih utamakan kesihatan dan memilih untuk amalkan gaya hidup sihat. Kalau ikutkan apa saja penyakit yang bakal kita hadapi berpunca dari pemakanan. Bukan tak boleh makan tapi perlu seimbang dan banyakkan makanan yang sihat. Mas makan jugak Nasi Lemak dan Roti Canai tapi tidak selalu, bila rasa teringin saja! Pastu jangan lupa bersenam sebab senaman akan membantu untuk kita kekal sihat dan aktif.


Sekarang Mas lebihkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, minum Green Juice setiap hari, kurangkan garam, lemak dan minyak, tak minum air manis serta amalkan detox. Alhamdulillah apa yang Mas amalkan banyak membantu! Mas berjaya kurangkan berat badan dari 84kg ke 65kg, BMI pun jadi normal dari yang dulunya obesiti. Pastu baru² ni Mas ada buat scan jantung dan syukur Mas bebas dari sebarang penyakit jantung. Check tekanan darah dan gula dalam darah pun semuanya normal. 

Jadi tak salah kalau kita cuba kurangkan atau lupakan makanan² yang manis, berlemak, tinggi kandungan garam dan kolestrol tu. Tak jadi apalah kalau tak makan pun! Memanglah sedap tapi kadang yang sedap itulah memudaratkan. Bila dah terbiasa nanti ia akan jadi kebiasaan.


Pilihlah gaya hidup sihat. Dari sihatlah kita akan cantik, kurus, menarik dan bebas dari penyakit! 

Khamis, 22 Disember 2016

Bayaran persekolahan

Assalamualaikum...(^ ^)

Tinggal seminggu lebih lagi cuti sekolah akan tamat. Yang pastinya sekarang semua ibu bapa mesti sibuk uruskan keperluan persekolahan anak². Mana nak beli baju dan kasut sekolah serta uruskan bayaran persekolahan seperti yuran dan buku² tulis. 


Mas pun sama, hari Selasa dapat gaji memang dah peruntukkan untuk hal sekolah. Ini pun baru beli kasut sekolah je, baju dan buku belum lagi. Hari ni husband dah ambik senarai bayaran persekolahan. Bila tengok memang tak sah jumlah barang yang perlu dibeli mencecah RM100 lebih. Jangan beranganlah nak bawah RM50, tak dapat dah zaman sekarang ni. 

Lainlah zaman kita bersekolah dulu, tahun 80an. Harga buku tulis masa tu baru 20 sen sebuah, murah kan? Kalau beli 10 buah baru RM2. Sekarang ada yang cecah RM1 untuk sebuah buku tulis. Belum buku rujukan dan pelbagai keperluan lain lagi.


Tapi kita tak boleh nak pertikaikan atau buat perbandingan sebab zaman dah banyak berubah. Ekonomi dan taraf hidup pun dah makin tinggi. Pastu sistem pembelajaran anak² pun dah makin canggih dan susah. Jadi semua yang pihak sekolah suruh beli tu kenalah kita ikut, demi kesenangan dan keselesaan anak² kita untuk belajar. 

Rasa terbeban dengan kos yang tinggi tu semua ibu bapa akan rasa, memang tak boleh nak elak dah. Jadi kita kenalah usaha demi anak² kan? 

Rabu, 21 Disember 2016

Serum Nickellskin : Kosmetik terkini dari Korea

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai rumit jugak nak kulit cantik dan licin ni. Hari² kena pakai toner lah, krim malam lah, krim siang lah, sunblock lah dan macam² lagi. Takde ke produk yang semuanya dah digabungkan jadi satu, senang sikit nak guna dan nak bawak ke mana saja pun mudah. 

Haaaa jangan risau, sekarang dah ada produk camtu. Tak percaya ke, mari Mas perkenalkan produk kecantikan terbaru yang berada di pasaran.


Nickellskin : Serum Triple Stemcell
Ini dia serum pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi farmasi dan kosmetik terkini dari Korea. Ia menggabungkan bahan termahal dan berkualiti dalam industri kosmetik. Ia jugak dianggap sebagai kolagen mewah. Wahhh mewah tu, kenapa? Ini kerana ianya dihasilkan dari kolagen ikan Salmon yang dipelihara rapi dan berkualiti.

Serum ini digelar Triple Stemcell kerana ia dihasilkan dari gabungan teknologi farmasi dan 3 stemcell iaitu Apple, Grape dan Argan Stemcell. Kuasa Triple Stemcell ini mampu memperbaharui struktur kulit dan menggantikan dengan kulit baru seolah seperti kulit bayi. Ditambah lagi dengan kolagen ikan Salmon yang mempunyai protein kulit seakan sama dengan protein kulit manusia. Haaa menarik kan, dan ianya 100% bebas Merkuri, Hydrokuinone dan Paraben!


Mudahnya menggunakan Nickellskin
Kenapa Mas kata mudah sebab di dalam Serum Nickellskin ni dah ada Toner, Moisturizer, Serum dan Sunblock SPF 35. Jadi nak guna pun mudah, hanya perlu cuci muka seperti biasa dan kemudian sapu terus Serum Nickellskin kat muka. Kalau nak hasil yang lebih bagus gunakan Sabun Muka Super Collagen dari Nickellskin sebagai pencuci muka.

Haaa tak sampai 5 minit kulit dah lembut dan licin. Pastu boleh kenakan mekap seperti biasa. Tak perlu dah nak lecehkan diri tepek toner lah, moisturizer lah, krim siang lah, atau krim malam.


Ini pulak antara kelebihan dan kebaikan Serum Nickellskin:

• Merawat jerawat dan jeragat
• Menghilangkan kesan parut
• Mencerahkan kulit wajah
• Mengecilkan liang pori pada wajah
• Merawat kulit wajah yang berminyak
• Melembabkan kulit muka
• Memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman
• Mengurangkan whitehead dan blackhead
• Menegangkan dan menganjalkan kulit wajah
• Merawat bekas jerawat berlubang
• Sesuai untuk semua golongan


Haaaa dah tahu apa itu Serum Nickellskin, bagaimana nak gunakannya dan apa kelebihan dan kebaikannya jadi bolehlah jadikan ia teman kecantikan kulit anda. Nak dapatkannya senang saja, hanya hubungi nombor tertera dan layari:

Call | Whatsapp: +6017-3780217
Instagram: @nickellskinhq

Harga Serum Nickellskin : RM87(SM) / RM97(SS)


Selasa, 20 Disember 2016

Akhirnya Airis dapat ke sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Dalam entri Airis tak dapat Pra Sekolah dengan entri Takde rezeki Airis, Mas ada cerita betapa kami berjuang habis-habisan demi mencari sekolah untuk Airis. Habis semua Pra Sekolah Rendah Kebangsaan kami merayu namun hasilnya tetap mengecewakan! Pastu kami cuba pulak merayu di Pra Sekolah Rendah Agama tapi tetap sama, tiada kekosongan untuk kanak² 5 tahun.


Masa tu memang dah putus harapan, buntu memikirkan kat manalah nak hantar Airis bersekolah. Nak tak nak kena hantar ke tadika swasta jugak walaupun kami tak mampu. Jadi husband pun cuba survey dulu tadika mana yang bersesuaian, tapi bila dengar bab yuran masuk ia buat kami terkedu. Untuk pendaftaran je kena bayar RM1.5k, pastu yuran bulanan hampir cecah dekat RM500 sebulan. 

Allah sejujurnya memang Mas tak mampu, sebab Atikah pun nak masuk asrama tahun depan. Yuran dia pun dah cecah RM2k, jadi memang kena banyak berhabis untuk dia! Tapi kami tak menyerah kalah, tak kan sebab masalah duit anak terpaksa tak sekolah. Kena usaha jugak demi masa depan mereka. 

Jadi husband cuba pergi ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk cuba buat rayuan. Memang kami pernah mohon kat situ cuma tiada kekosongan. Tapi bila husband pergi semalam tanpa disangka² ada satu saja kekosongan untuk kanak² 5 tahun sebab ada ibu bapa yang menolak. Alhamdulillah syukur sangat, Allah makbulkan doa kami. Akhirnya Airis dapat ke sekolah jugak!


Walaupun PASTI ni tadika swasta tapi yurannya tidaklah terlalu mahal, kami masih mampu untuk bayar. Yuran pendaftaran termasuk kelengkapan alat tulis, buku, baju dan pelbagai lagi cuma RM500 lebih. Pastu yuran bulanan RM100 dan yuran transit RM165 sebulan. Lagi pun yuran pendaftaran boleh bayar secara ansuran sebanyak 3 kali, jadi takdelah rasa terbeban sangat!

Sekarang lega dah rasa hati, dah boleh tersenyum gembira. Airis pun dah teruja nak ke sekolah baru bila Mas bagitau yang dia dah dapat sekolah. Terima kasih Ya Allah, syukur sangat!

Isnin, 19 Disember 2016

Rezeki boling

Assalamualaikum...(^ ^)

26 November lepas Mas ada sertai pertandingan boling anjuran Kelab Keskip KKM. Ini kira kejohanan pertama Mas sertai selepas 6 bulan tak membaling bola boling. Lepas balik Sukan KKM di Sarawak tu memang simpan je bola, lagilah masa tu disahkan hamil pastu keguguran pulak. Jadi boling terpaksa dilupakan buat sementara waktu.


Bila dah sihat Mas kembali lepaskan gian, walaupun memang tanpa latihan langsung. Turun main pun sebab kawan yang ajak dan Mas teringin sangat nak beraksi setelah lama berehat. Jadi berhempas pulaslah Mas main masa tu, markah memang agak merundum. Sampai ada satu games tu tak cecah 100 pun, giler teruk. Malu pada diri sendiri pun ada, hahahaa!

Tapi nasib baiklah main secara berkumpulan, ada pemain lain yang back up mata untuk pasukan kami. Nak harapkan Mas memang mintak maaflah, ke laut mainnya. Hohohoo!

Selepas habis pertandingan pada 26/11 tu memang tak diumumkan keputusan, penganjur nak tunggu masa Majlis Makan Malam Keskip pada 16/12/16 yang lepas. Jadi bertabah jugaklah tunggu siapa yang bakal menang. Bila sampai hari dinner Jumaat lepas, tak disangka² pasukan Mas berjaya sebagai Naib Johan Berkumpulan (Trio Wanita). Wahhh memang rezeki kami! Dapatlah hadiah medal, wang tunai RM70 sorang dan hamper. 


Ok tutup tirai boling untuk tahun 2016, moga tahun 2017 ada lagi rezeki Mas untuk beraksi. Tahun depan kena lebih banyak sertai kejohanan sebab nak persiapkan diri untuk Sukan KKM 2018 di Kedah! 

Ahad, 18 Disember 2016

FIM Asia Supermoto : Sukan permotoran hebat

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila sebut je pasal lumba motor husband orang yang paling teruja. Dia memang minat sukan sebegini, siap berangan nak beli superbike sendiri tu. Mas pun minat jugak, kalau F1 MotoGP tu selalulah jugak Mas tengok kat TV.

Jadi bila dapat peluang pergi ke FIM Asia Supermoto ni terus Mas ajak husband. Mas pun pertama kali dapat tengok dan tahu pasal supermoto ni, jadi memang teruja nak pergi. Mula² ingat kena bayaran bila masuk, sekali percuma je. Seronoklah husband dan anak² dapat peluang tengok.


Mas pulak dapat peluang tengok bersama rakan² KBBA9, jadi dapatlah peluang berjumpa dengan pelumba² negara. Mereka memang hebat sebab semuanya menceburi bidang ni dari usia muda lagi. Ini salah seorang pelumba Malaysia, Mohd Habibullah. Dia mula dari umur 10 tahun, sekarang dia dah berjaya berlumba di peringkat asia dan antarabangsa.

Lagi satu Mas kagum dengan satu²nya pelumba wanita, Siti Fatimah Husna. Fuhhh memang hebatlah. Siapa sangkakan seorang wanita boleh bersaing dengan pelumba lelaki di arena sukan permotoran ni. Beliau bermula dari umur 19 tahun dan sekarang dah mampu ke peringkat Asia. 


Bila Mas tengok sukan permotoran ini dengan lebih dekat, Mas rasa ia memang bagus untuk anak² muda yang berminat dengan lumba motor ni. Dari mereka berlumba haram di jalanraya lebih baik masuk sukan camni. Ternyata ianya lebih selamat kerana setiap pelumba gunakan pakaian dan peralatan yang sesuai untuk berlumba. 

Pastu di Malaysia pun patut diadakan lebih banyak sukan permotoran ni untuk beri galakan pada anak² muda dan dapat ketengahkan mereka yang berbakat. Lagi satu kena sediakan lebih banyak litar atau trek yang sesuai. Barulah di masa akan datang lebih ramai yang tahu wujudnya sukan permotoran yang hebat camni!



Jom sama² kita bagi sokongan pada sukan permotoran FIM Asia Supermoto dan pelumba² negara kita di perlumbaan terakhir pada hari ini.



Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com