Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 18 Januari 2017

6 tahun menulis

Assalamualaikum...(^ ^)

13 Januari 2011 entri pertama ditulis dalam blog ini. Masa tu menulis ikut sesuka hati je sebab sebenarnya Mas bukan seorang yang pandai menulis dan minat menulis. Memang bukan seorang yang bagus dalam bab nak karang ayat² ni. Mungkin masa tu terpengaruh tengok orang ada blog jadi Mas pun nak ada blog jugak. 


Mula² menulis di blog ni hanyalah tulis yang berkisar tentang kehidupan sendiri je, masak apa dikongsikan, jalan² ke mana diceritakan dan ada jugak kisah anak². Pastu lama kelamaan berkongsilah sedikit tentang info² berguna, tips² keibubapaan, tentang kecantikan, tentang travel dan pelbagai lagi. 

Lama kelamaan minat menulis tu semakin menebal, dah semakin pandai karang dan olah ayat bagi nampak menarik dan tak bosan dibaca. Gaya penulisan pun dah ada cara tersendiri. Masa tu terus tak boleh berhenti menulis, sehari tak kongsi cerita di blog rasa macam tak sempurna je. 

Tapi ada jugak dugaannya, pernah tahun 2014 memang takde mood dan idea nak menulis. Berbulan² blog dibiarkan sepi sampai ada niat nak tutup je blog ni. Tapi sayang punya pasal dan banyak kenangan indah maka kumpul balik semangat untuk menulis. Tahun 2015 tu kembali aktif sehingga sekarang. Walaupun sekarang hanya 1 entri sehari tapi Mas pastikan setiap hari akan cuba update!


6 tahun menulis ni banyak yang Mas kongsikan di blog. Harap sedikit sebanyak penulisan Mas dapat beri ilmu dan manfaat kepada pembaca. Rezeki dan bonus dari blog pun alhamdulillah masih ada. Dapatlah jugak merasa walaupun tak lumayan sangat. Terima kasih pada yang percaya dengan massaari.com. Memang tak pernah terfikir pun boleh dapat rezeki dari berblog, hehehee!

Terima kasih pada semua pembaca, pada client yang percaya, pada rakan² blogger yang dikasihi dan Kelab Blogger Ben Ashaari yang menjadi platform untuk Mas terus bergelar blogger. Memang KBBA9 banyak membantu. Moga massaari.com terus kekal ada selagi penulisnya bernyawa!

2 ulasan:

  1. wah lama juga kak mas dapat bertahan..saya baru setahun jagung menulis blog..moga saya pun konsisten menulis blog juga

    BalasPadam
  2. Moga Mas akan terus berblog, good luck!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com