terkini dan sensasi

Sabtu, 28 Januari 2017

Air dah naik

Assalamualaikum...(^ ^)

Air dah naik oiiiii, jom punggah barang.


Sekarang Mas kat kampung di Temerloh, misi menyelamatkan barang² kat rumah. Semalam sampai air masih kat pintu pagar, kat laman rumah adalah jugak paras buku lali. Tapi hari ni air dah memenuhi rumah dapur, jadi bertungkus lumuslah kami angkat barang² bawa ke rumah atas.

Alhamdulillah, cuaca elok! Takde hujan lebat tapi air masih naik, cuma agak perlahan. Kalau kuat macam tahun 2014 memang kami dah pindah ke tempat tinggi. Harap hari ni air akan beransur surut, moga tak cecahlah rumah atas. 



Sebab kalau air dah beransur surat esok Mas nak gerak balik ke Salak Tinggi dah. Walaupun berat hati nak tinggal rumah, tapi kena fikir jugak pasal anak² sekolah dan pasal kerja. Lagi pun husband dapat cuti sampai esok je. Doakan moga semuanya dipermudahkan!

Keadaan air petang semalam.





Keadaan air hari ini.




 

2 ulasan:

  1. Semoga sis sentiasa dilindungi & segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT

    BalasPadam
  2. ermm banjir, rumah mak kite pun sama tapi air naik tak tinggi pun

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com