terkini dan sensasi

Rabu, 25 Januari 2017

Bah dah datang

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila dengar berita pasal banjir, bila tengok gambar pasal banjir dan bila terbaca cerita pasal banjir automatik hati jadi gundah gulana. Terus teringat kisah pahit bah besar tahun 2014, memang tak boleh lupa. Hati pun mula risau fikirkan rumah arwah mak abah di kampung, rumah tu takde sesiapa duduk. 


Sekarang ni di Pahang keadaan banjir makin buruk katanya, dah banyak kawasan ditenggelami air dan jalan terputus. Mangsa yang terpaksa berpindah pun semakin bertambah setiap hari. Dalam berita radio pun kata air naik secara mendadak di sekitar Pahang. Pastu dikhabarkan ada kawasan yang paras air naik dah menyamai paras air banjir tahun 2014. Allah, minta semuanya dijauhkan!

Kalau hujan lebat 2 hari tak berhenti memang kat kawasan rumah Mas di kampung tu akan naiklah air. Cepat jelah air sungai Pahang masuk ke kawasan empang kat depan rumah tu. Alahai lagi membuak² rasa hati nak balik tengok rumah, nak selamatkan barang². Kena bersiap sedia dan berjaga² sebab kita tak tahu apa saja kemungkinan yang bakal berlaku. Bukan kita harapkan yang buruk tapi kuasa Allah kita tak boleh halang kan?

Inilah keadaan air sungai Pahang, 2 hari je naik mendadak camni. Mas berdoa moga bah 2014 tidak berulang kembali. Moga air cepat surut dan semua mangsa banjir dilindungi!





6 ulasan:

  1. Tinggi betul air naik ye...huhhh mmg hujan tak berhenti wpun renyai2...doa sgt moga banjir kali ini cpt surut.

    BalasPadam
  2. nak blk kg ni pun risau..takut jadi cam dulu, highway temerloh naik air kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah saya pun risau rumah kat kampung. harap sangat tak jadi macam tahun 2014.

      Padam
  3. Semoga Allah pelihara kita semua dari musiba.
    .
    Allahumma antassalam
    .
    Teringat dalam surah al mulk
    .
    A a min tum manfissama i ai yakh sifa bikumul ardo fa iza hi ya tamur

    Semoga kita semua makin takut nak buat maksiat
    .
    Sebab dosa mendatangkan bala. Doa pula menolak bala

    BalasPadam
  4. adoi. risau banjir ni.. ermm

    BalasPadam
  5. gelombang ketiga khabarnya semakin buruk..mudah-mudahan semuanya baik-baik.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com