Terkini dan Sensasi

Ahad, 15 Januari 2017

Cendol Sedap @ Go Lokal Cafe Putrajaya

Assalamualaikum...(^ ^)

Panas terik betul cuaca siang tadi, kering rasa tekak. Bila dah panas tu tekak terus teringin nak makan yang sejuk² terutama ABC atau Cendol. Sedap wooo bila masuk kat tekak, sejuk nyaman je! 


Kebetulan nak hantar kakak balik ke asrama, jadi sebelum hantar dia ajaklah pekena cendol kat Putrajaya. Lokasi pilihan adalah di Go Lokal Cafe. Dah lama Mas dengar pasal kesedapan cendol di cafe ni tapi tak pernah cuba lagi. Terus search kat google lokasinya. 

Bagi yang belum pernah pergi senang je nak cari Go Lokal Cafe ni, ia terletak di Presint 3 Putrajaya. Cafenya terletak di tingkat 2 di dalam bangunan The Dorsett Putrajaya. Berhampiran jugak dengan Hero Market dan Jombali, kiranya dalam bangunan yang samalah. Nampak je ketiga² landmark tu maka akan jumpalah cafe ni. 


Di Go Lokal Cafe ini terdapat pelbagai jenis cendol iaitu Cendol Asli Biasa, Cendol Pulut, Cendol Kacang, Cendol Jagung, Cendol Nangka, Cendol Tapai dan yang paling memikat rasa ialah Cendol Durian. Haaa pelbagai pilihan cendol yang ada, beli sahaja yang mana berkenan dek tekak. 

Pilihan Mas sudah tentulah Cendol Durian, dah lama teringin nak makan durian. Tak dapat sebiji durian pun takpe, dapat makan dengan cendol pun jadilah. Bila masuk ke tekak, perghhh nikmat giler! Rasa cendolnya tak manis, sesedap rasa je! Memang memikat selera Mas, pastu ditambah dengan isi durian yang segar. Haaa memang tak pandang kiri kanan dah, hirup hingga licin semangkuk. 



Pilihan husband dan Airis pulak Cendol Asli Biasa je, Arfan pilih Cendol Pulut dan Atikah sama selera dengan mama, Cendol Durian. Harga semangkuk cendol ni cuma RM3.50 je, tapi kalau nak tambah bahan² lain ada dikenakan caj tambahan. Misalnya tambah pulut dikenakan 50 sen dan durian pulak dikenakan RM3.00. Boleh tengok senarai harga di bawah. 


Jadi kalau datang ke Putrajaya Mas syorkan kawan² ke Go Lokal Cafe. Memang berbaloi makan cendol²nya, sangat sedap dan menepati citarasa. Bukan setakat cendol je ada, makanan lain seperti Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari dan Laksa Utara pun ada. Boleh pilih nak makan waktu sarapan, makan tengahari atau minum petang. Pastu jangan lupa order cendol ye! 


3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com