mrs secretary

Khamis, 5 Januari 2017

Drama airmata makin parah

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni Mas kembali bekerja setelah cuti uruskan persekolahan anak². Selesai dah semuanya! Tapi satu je yang masih buat mama tak senang hati dan tak keruan setiap hari, iaitu drama airmata Airis setiap kali nak pergi tadika.


Pagi ni semua babah yang uruskan sebab Mas jam 6.20 dah keluar pergi kerja. Dari mandi hinggalah hantar ke tadika babah yang kena buat, Mas cuma siapkan baju dan beg sekolah je. Ingatkan bila dengan babah semuanya cemerlang dan berjalan lancar, tapi meleset je sangkaan tu. Lagi parah rupanya, dari mandi sampailah ke depan pintu tadika dia melalak. Hahahaa memang haru babah, dahlah kerja shif siang hari ni. Pukul 7.50 jugak babahnya sampai balai. 

Airis ni dia memang panjang akal sikit, pastu mulut manis sangat. Balik dari tadika kemain seronok dia bercerita itu ini yang dia buat kat tadika. Siap berjanji esok Airis tak nangis dah, tapi janji tinggal janji! Hehehee, jadi mama kena banyak sabar. Setiap hari sebelum tidur macam² cakap kat dia pasal pergi tadika. Seronok, boleh belajar ABC dan 123, ada ramai kawan, boleh mengaji dan macam² lagi. 

Tapi takpe, Mas tahu dia seronok sebenarnya cuma nak biasakan diri tu ambik masa sikit. Abang dia dulu pun 2 minggu jugak melalak, cuma kakak je yang cemerlang. Langsung tak menangis, siap suruh mama balik lepas hantar ke sekolah. 

Jadi bertabahlah ye wahai mama dan babah, kena ambik masa sikit. Jangan sampai berbulan² sudahlah. Hehehee, mau mama yang nangis sekali kang!

2 ulasan:

  1. kan kak.. mak ayah yang kena tabah sebenarnya, kalau ikut hati memang tak nak hantar anak kalau nangis gini. tapi fikir balik, anak nangis bukan sebab sakit pun, manja jer..hahahaa

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com