Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 11 Januari 2017

Duit belanja sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

"Arfan, cukupkan mama bagi duit belanja sekolah RM3."

"Cukup je. Arfan beli nasi RM2 masa rehat, pastu air Arfan minum yang bekal air masak dari rumah je. Lagi RM1 Arfan simpan kalau tak beli apa² masa balik sekolah."


Haaa kadang Mas rasa risau jugak nak bagi duit belanja sekolah kat anak² ni, bagi RM3 rasa macam tak cukup pulak tapi kalau RM5 macam banyak sangat. Lagi pun zaman sekarang harga makanan di kantin sekolah tak macam dulu, ada setengah tu dah mahal. Macam sekolah Arfan ni nasi lauk ayam atau ikan masih RM2. Jadi cukuplah kalau bagi belanja RM3, tapi kalau dia ada aktiviti sampai petang kat sekolah Mas bagi RM5.

Untuk kakak pulak Mas bagi RM5 sebab dah sekolah menengah. Tapi masa belum duduk asrama, dah tinggal di asrama ni Mas bagi duit poket RM50 untuk sebulan. Harap cukuplah sebab asrama dah sediakan makan 6 kali sehari, duit tu untuk buat beli kudap² waktu rehat je. Mas pesan kat dia kena makan makanan yang disediakan di asrama setiap kali waktu makan. Walaupun tak berapa sedap tapi zaman sekarang kena lebih berjimat. Jadi duit belanja sekolah boleh simpan untuk kegunaan lain.

Ada jugak kawan tanya, kenapa tak sediakan bekal? Boleh jugak jimat duit belanja. Bab bekal ni tak semua anak nak bawak ke sekolah, jadi tak boleh nak paksa kan? Mas pernah buat bekal masa mereka darjah 1 dan 2, tapi bawak pergi bawak balik je bekal tu. Memang tak dimakan pun, kadang makan sikit je. Jadi dari membazir lebih baik tak perlu buat, bagi jelah mereka duit belanja. Balik tengahari nanti baru makan lauk yang kita dah masakkan. 

Jadi terpulanglah pada ibu bapa camne nak uruskan belanja sekolah anak², yang penting mencukupi untuk mereka sehingga waktu balik sekolah. Pastu bagus jugak untuk galakkan anak² menabung, duit sekolah yang tak dibelanjakan boleh simpan dalam tabung kan?

3 ulasan:

  1. betul, makanan di asrama dh cukup. Ummi dol asrama dulu, mmg makan jer walau ikan jaket...

    BalasPadam
  2. Saya ke sekolah dulu tak ada duit belanja. Duit ampau raya itu yg jadi duit belanja sekolah. Memang tak cukup sebab beli buku.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com