Terkini dan Sensasi

Selasa, 10 Januari 2017

Episod drama Airis ke tadika

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah masuk minggu kedua Airis ke tadika tapi ragam dan drama masih ada, terutama drama airmata. Cuma tidaklah sekronik minggu pertama. Harap tak sampailah 30 episod drama tu, hehehee!


Seperti biasa setiap malam pukul 9 Mas dah ajak dia masuk tidur dan semestinya dengan mama sekali kena lena. Kalau tak memang dia tak akan tidur punya. Mesti dia cakap "Mama tak tidur lagi jadi Airis tak nak tidur jugak." Takde harapanlah mama nak layan drama pukul 10 malam tu, sebab bila masuk bilik dan tutup lampu jawapnya lena sampai ke pagilah. Hahahaa, drama dalam mimpi jelah. Nasib cerita Isteri Tuan Ihsan dah habis, ehhhhh!

Bila tidur awal bangun pagi memang takde masalah, mandi dan bersiap tak menangis dah. Cuma masa sampai kat pagar sekolah tu akan ada airmata yang berderai. Cuma takdelah melalak meraung dan keraskan badan tak nak masuk kelas macam minggu lepas. Babah dia dukung sampai kat pintu masuk dan tinggalkan dia, pastu lambailah babah dengan linangan airmata.

"Tapi Airis nangis sekejap je, lepas babah pergi Airis diamlah. Pastu Airis makan sarapan, dan masuk kelas belajar ABC. Seronok sekolah, mama!"

Haaa itulah yang dia cerita. Bukannya tak seronok pergi sekolah, cuma manja terlebih. Pagi² saja nak berdrama dulu bagi orang simpati, hehehee!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com