Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 10 Januari 2017

Jaringan emas Faiz Subri diiktiraf dunia

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Faiz Subri dan terima kasih kerana banggakan negara!


2-3 hari sebelum keputusan anugerah ni diumumkan Mas ada jugak terdengar yang jumlah undian Faiz Subri dah jatuh di tempat ketiga. Masa tu sedikit kecewa sebab Mas yakin dia layak menang. Mas memang undi tapi takdelah setiap hari, bila ada masa atau teringat mesti akan undi. 

Pastu terdengar pulak husband cerita ada orang² yang tak setuju gol tu diiktiraf sebagai pemenang jaringan terbaik. Sebab katanya gol tu tak boleh dicipta berkali², haihhh camtu pulak. 

Bagi Mas kalau nak iktiraf yang terbaik dan bertaraf dunia kenalah jaringan gol yang unik, yang ajaib dan yang berlaku sekali dalam sejuta. Haaaaa gitu! Kalau gol tu boleh dilakukan berkali² ia bukan ajaib dah, ia dah jadi gol yang biasa. Pastu bila tengok jaringan Faiz ni memang akan terpukau. Mesti akan cakap "Eh masuk ke, nampak macam tak gol je!" Haaa camtulah, pastu mesti tonton lagi sekali. 

Jadi memang kemenangan itu layak untuk dia! Harapan Mas moga karier dia di arena bolasepak akan terus maju dan ada peluang untuk ke peringkat dunia. Moga pihak berwajib dapat ketengahkan kebolehan dia ni. Sayang kalau simpan je kan? 

1 ulasan:

  1. Orang kita suka pertikaikan kejayaan bangsa sendiri.

    Bangsa lain juga diagung agungkan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com