Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 1 Januari 2017

Orientasi Airis di PASTI

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy dah masuk tahun 2017!

Moga 2017 lebih menjanjikan rezeki yang luas untuk Mas, keluarga dan blog ni. Kita tinggalkan 2016 dengan kenangan dan pengajaran serta kita sambut 2017 dengan harapan dan doa! Moga apa jua yang dilakukan akan jadi lebih baik dan mendapat keredhaan Allah SWT. 



Untuk entri pertama di tahun 2017 ni Mas nak cerita kisah Orientasi Airis di PASTI semalam. Alhamdulillah lega sangat bila Airis dapat jugak bersekolah setelah pelbagai dugaan kami hadapi. Jujurnya mula² Mas rasa debar jugak nak hantar si budak bijak Airis ni ke sekolah. Maklumlah dia lain sikit dari abang dan kakaknya, panjang akal sikit. Buatnya dia mengamuk tak nak masuk kelas, mama yang haru. Hahahaa!

Tapi jangkaan mama meleset, takde pun Airis buat perangai. Seronok dia dapat pergi sekolah baru. Tempat yang mula² dia nak tengok sudah tentulah bilik darjah. Seronok bila masuk dalam kelas tu, sana sini dia jelajah. Tengok meja, tengok kerusi, tengok mainan, tengok pensil warna dan macam² lagi. Siap cakap Airis nak duduk depan dalam kelas nanti. Wahhh bagus Airis mama ni!


Bila cikgu panggil masuk kelas untuk aktiviti mewarna, dia laju je pergi. Tak peduli dah mama dengan babah. Pastu dia orang yang paling laju mewarna, siap dulu tu. Tengoklah hasilnya, oklah cantik cuma kena perbaiki lagi. Takpe dia akan belajar perlahan² bila mula sekolah nanti! 


Hari orientasi dah lulus! Moga hari sekolah sebenar nanti takde drama swasta atau drama airmata pulak, hehehee! Selamat menempuh alam persekolah Airis.

Alaaaaa besar dah baby mama! 


1 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...wah !! Airis pun dah sekolah yer...gud luck sayang...;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com