Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 26 Januari 2017

Pengalaman jadi mangsa banjir

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai, dengar berita katanya banjir di Pahang semakin teruk. Dah banyak tempat ditenggelami air dan sekolah pun banyak ditutup. Mas ni nak sangat balik kampung di Temerloh tengok rumah, dapat selamatkan apa yang patut jadilah. Harap husband dapatlah mohon cuti, Ahad ni boleh balik sekejap. 


Bila banjir melanda ni Mas tahu memang susah dan azab sangat, terutama bila jadi mangsa banjir. Mas pernah rasai pengalaman tu masa bah besar tahun 2014, 2 minggu jadi mangsa banjir. Masa tu terpaksa biarkan barang² di rumah tenggelam dek air banjir akibat takde kemudahan yang cukup nak selamatkan barang. Kebil² mata je tengok!

Bukan mudah tau jadi mangsa banjir ni, terpaksa menumpang tidur di rumah orang atau di pusat pemindahan. Hadapi situasi bekalan letrik takde, air takde dan bekalan makanan terputus. Pastu menunggu harapkan bantuan banjir sampai, itu pun kalau ada. Kalau takde terus jelah mengharap! 

Masa 2014 tu, 3 hari kami terputus bekalan makanan. Nak keluar ke bandar dapatkan bekalan memang tak boleh, jalan semua dah ditenggelami air. Jadi terpaksalah berjimat cermat dan makan apa saja yang ada. Lagilah masa tu Airis perlukan susu dan diapers. Seksa sangat wooo, insaf sangat! 

Pengalaman tu memang banyak mengajar Mas erti sabar dan menghargai setiap apa yang kita ada. Hargai makanan, hargai harta benda dan hargai pakaian. Sebab apa yang kita ada masa tu, itu sajalah! Memang susah nak dapat makanan dan pakaian pun tak cukup sebab kami bawa baju untuk beberapa hari saja di kampung. Terpaksa harapkan bantuan!


Pastu nak hadapi pulak kesukaran dan kemusnahan selepas banjir, lagi sukar. Walaupun sedih, kena tabah dan sabar hadapi semua tu. Dengan harapan pengalaman itu menjadikan kita lebih kuat!

2 ulasan:

  1. semoga semua mangsa banjir tabah harapnya kan mas.. dan semoga tahun ni tak teruk macam tahun 2014 tu lagi...

    BalasPadam
  2. tengok kesan lepas banjir, badan tak penat pun rasa penat. kesiannya. Semoga tabah bagi mereka yang di uji.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com