terkini dan sensasi

Ahad, 8 Januari 2017

Pengaruh Boboiboy

Assalamualaikum...(^ ^)

Kat rumah ni memang pengaruh Boboiboy sedang meluas. Kalau dalam senarai rekod kat Astro ni penuh cerita Boboiboy je. Bila hari minggu memang cerita tu yang diulang² tengok oleh Arfan dan Airis. Yang dahsyatnya si Airis siap hafal lagi lagu tema kartun tu, ingat dia semua liriknya. 


Pastu sekarang kan tengah hangat pasal kad Boboiboy yang baru tu. Bila beli Choki Choki boleh dapat 3 kad tersebut. Dulu kad yang besar tapi sekarang kadnya lebih kecil dan smart sikit. Lagi senang anak² nak simpan dan main. 

Jadi 2 orang kat rumah ni memang galaklah dok mengumpul kad Boboiboy tu. Boleh dikatakan setiap hari suruh mama beli Choki Choki. Berebutlah si Arfan dan Airis tu dok kumpul, kadang sampai bergaduh pulak. Arfan tuduh Airis ambik kad dia, Airis pulak tuduh abangnya ambik kad dia. Ishhh macam², geram mama dibuatnya! 


Tapi kalau masa baik tu, elok je dok main sama². Main lawan² kad tu siapa yang mata paling banyak dia menang, lebih kurang camtulah. Mas pun tak faham sangat cara mainnya, cuma seronoklah tengok mereka main. Kadang tu Airis ajak jugak mama dan babah main. Kami layan jelah walaupun setiap kali main dia je nak menang. Kalau kalah mesti menangis, hahahaa! 

Bagus jugak sebenarnya mereka main kad² ni, boleh uji minda mereka untuk berfikir lebih kreatif dan diluar kotak. Minda mereka lebih berkembang. Takdelah mereka dok mengadap TV atau gajet saja. Lagi pun anak² Mas memang lebih suka mainan sebegini, mereka tak taksub sangat dengan gajet. 

1 ulasan:

  1. haaa airis amik kad choki2 bagi acik ye heheheh

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com