Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 2 Januari 2017

Selamat berdikari Kakak

Assalamualaikum...(^ ^)

Minggu ni cerita pasal persekolahan anak² je selagi tak selesai. Sabtu lepas dah selesai urusan orientasi Airis, alhamdulillah lulus. Harap esok dia memulakan persekolahan dengan jayanya.


Hari ni pulak urusan pendaftaran Atikah di asrama SMK Seri Sepang. Tahun ni kakak tingkatan 2, barulah dapat peluang duduk asrama. Memang dari tingkatan 1 dia nak duduk asrama tapi tiada kekosongan, tahun ni baru berjaya. Alhamdulillah ada rezeki dia. Mama babah izinkan je, biar dia belajar berdikari dan uruskan semuanya sendiri!

Dapatlah dia dorm yang tempatkan 10 orang murid, campur dari tingkatan 5 hinggalah tingkatan 2. Sempatlah mama masuk ke dorm dia tadi dan tolong kemas² apa yang patut. Sebak oiii rasa bila anak yang dijaga dari umur 1 hari berpisah dengan kita. Kena tidur kat asrama dengan kawan², makan apa yang disediakan pihak asrama, basuh baju berus sendiri dan uruskan semua sendiri.


Tapi takpelah demi masa depan dia, berdikari tu perlu. Sampai bila nak dok bawah ketiak mak ayah kan? Nanti bila dia dah berkahwin kita terpaksa jugak berpisah dengan dia. Walaupun sedih mama kena tabah, sembunyikan kesedihan tu di sebalik senyuman.

Masa sampaikan macam² pesanan kat dia mama dah sebak, berderai jugak airmata. Tapi anak macam biasa, dia rilek je! Tapi mama tahu dia pun sebak dan sedih cuma tak nak tunjuk. Baguslah, sekurangnya mama tak terlampau sedih sangat!


Selamat berdikari Kakak! Mama doakan yang terbaik untuk kakak di asrama. Mama dah tiada di sisi kakak, pandailah kakak uruskan semuanya sendiri.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...alhamdullilah berjaya memasuki sekolah berasrama yer...semoga kakak terus berjaya nanti...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com