Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 9 Januari 2017

Wajib ada tupperware dan beg kitar semula

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang kat negeri Selangor dah dikuatkuasa kempen bebas beg plastik dan polisterin. Walaupun penggunaannya tak dihentikan serta merta tapi cara mengenakan bayaran 20 sen kepada pembeli tu bagus sebenarnya. Dari cara tu ia mengalakkan kita menggunakan beg kitar semula dan tupperware. 


Sekarang Mas wajib ada tupperware sendiri di pejabat. Dulu selalu jugak guna tapi tak disiplin sangat sebab tak dikenakan bayaran lagi masa tu. Bila dah kena bayar ni lebih baik bawa tupperware sendiri kalau nak beli makanan kan, tak larat jugak hari² nak bayar 20 sen. Kalau 5 kali beli dah RM1, kalau 30 kali dah berapa kan? 

Beg kitar semula pun dah wajib ada dalam kereta dan setiap kali nak membeli belah mesti bawa. Yelah tak larat jugak nak bayar 20 sen untuk setiap beg plastik sebab setiap kali shopping bukannya sikit². Mau kadang² sampai 10-20 beg plastik yang digunakan. Berapa dah kena bayar tu? 

Sebenarnya tak susah kita nak disiplinkan diri untuk guna kedua² benda ni. Janji kena amalkan setiap masa dan ingat yang kita nak berjimat cermat serta selamatkan bumi dari pencemaran plastik. Bila dah terbiasa ia pasti akan jadi rutin. Pastu setiap 20 sen yang kita bayar untuk beg plastik dan polisterin tu masukkan dalam tabung. Haaaaa boleh jugak buat simpanan walaupun hanya 20 sen sehari, lama² jadi banyaklah. Dari kita bazirkan bayar untuk plastik buat apa kan?

Jadi jom tinggalkan beg plastik dan polisterin, wajibkan ada tupperware dan beg kitar semula di pejabat dan di dalam kereta. 

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com