Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Januari 2017

Webfilm Tahun Baru Cina TNB : Penuh Mesej Tersirat

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya belum terlambat untuk Mas ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai pada semua masyarakat Cina di Malaysia. Moga sambutan di tahun ayam ini memberi seribu tuah, kebaikan dan kesejahteraan pada mereka semua. 

Sempena Tahun Baru Cina pihak TNB telah menghasilkan webfilm bertajuk "Cooking Hustle - TNB Chinese New Year 2017". Bila Mas menonton webfilm ini memang ianya nampak kelakar tetapi bila dihayati betul² ada mesej tersirat yang disampaikan. Korang semua tonton dulu, nilai dan fahami sendiri apa mesej tersirat tersebut. 



Haaaaa dah tonton ke, dapat tak mesej tersirat tu? Apa yang penting dalam setiap perayaan seperti Tahun Baru Cina, ia adalah masa untuk berkumpul bersama keluarga dan mengenepikan segala perbezaan serta merapatkan semula ikatan kekeluargaan.  Apabila semua ahli keluarga hadir untuk makan besar, lebih penting adalah semuanya hadir dan berkumpul bukannya apa yang dihidangkan.

Dalam perjumpaan keluarga ketika perayaan apa yang utama ialah sikap masing², dek kerana sikap yang pentingkan diri sendiri kadang² pertelagahan akan berlaku. Masing² cuba beza membezakan, sepatutnya perbezaan itu diraikan bukannya diketepikan. Contohnya seperti hidangan Tahun Baru Cina yang beraneka jenis, saiz, rasa dan rupa, jika ianya dicampurkan menjadi satu hidangan pasti sedap kan? Pasti mempunyai pelbagai rasa kan? Begitu jugaklah ahli keluarga kita, walaupun berbeza sikap dan pendapat tapi jika bersatu ianya pasti teguh dan harmoni.

Umpama perpatah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Kebahagiaan dan keharmonian sebuah keluarga itu terjalin apabila semuanya bersatu hati, mesra dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Maka dengan itu terciptalah Table Of Harmony seperti dalam webfilm TNB tu.

Jadi untuk menjadikan Tahun Baru Cina ini lebih seronok dan setiap kaum boleh meraikannya, TNB telah menghasilkan permainan dipanggil "Table Of Harmony". Korang boleh cuba permainan ni dan tengok apa "Mystery Dish" yang sesuai dengan korang. 

Mari Mas tunjukan cara² untuk sertai Table Of Harmony:

2. Klik "Unveil Mystery Dishes".


3. Kemudian klik "Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table".


4. Pilih jawapan samada A, B, C atau D.


5. Klik "Unveil Your Dish" dan "Share Result". 


Selepas dah cuba, hidangan misteri Mas ialah Emperor Chicken yang membawa maksud "A natural leader and a kind soul, you always guide family and friends to success and happiness". Rasa macam ianya sesuai dengan Mas sebab Mas akan sentiasa jadi pembimbing dan utamakan kejayaan dan kebahagian terutamanya ahli keluarga sendiri. Mas selalu nak tengok mereka berjaya dan bahagia.

Jadi jangan lupa cuba dan kongsikan apa hidangan misteri korang. Untuk maklumat lanjut boleh layari:


13 ulasan:

  1. selain dari story yang nak disampai kan.. suka tengok wardrobe and props yag ada.. hebat betul production dia orang kan

    BalasPadam
  2. Iklan ni lawak dari mula sampai habis...tapi at the end, ada mesej. Nak cuba jap mystery dish tu...heheheh

    BalasPadam
  3. webfilm yang padat dengan pengajaran. This is the best TNB webfilm ever...

    BalasPadam
  4. Kelakar iklan nie...tapi dalam gelak rasanya sampai mesej yg cuba disampaikan...

    BalasPadam
  5. kak mas punya mystery dish tu mcm kena je.. hehehhe

    BalasPadam
  6. Menarik betul iklan ni.. SErius...

    BalasPadam
  7. Menarik filem pendek dari TNB ni, mesej yang ingin disampaikan pun senang nak faham =) perbezaan yang menggembirakan =)

    BalasPadam
  8. Seronok tgk dia masak ala kungfu tu.. heeee.. endingnya baru faham apa yang nak disampaikan.. :)

    BalasPadam
  9. tnb buat video cny lain daripada yg lain.. terbaiklahhh

    BalasPadam
  10. memang terbaiklah webfilm dari tnb ni..

    BalasPadam
  11. kemain betol masak ala kung fu...terbaik iklan TNB ni.

    BalasPadam
  12. banyak message nak disampaikan dalam webfilm ni..memang menarik sebb kelakar..hehee

    BalasPadam
  13. peh kelas mystery dish mas tu.. paling baik dlm filem tu bapa mertua la.. mengharmonikan semua orang..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com