Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 2 Februari 2017

Bagaimana nak berjimat

Assalamualaikum...(^ ^)

Minyak naik lagi, caj rawatan gigi pun akan naik. Haaa apa lagi yang naik ni, bahan mentah? Makanan? Sudah pastinya semua tu akan naik harga bila harga minyak naik. 

Hurmmm kadang² malas nak fikir pasal kenaikan harga ni, nak tak nak memang kena hadap hari². Selagi bernyawa kan, nak mengeluh banyak² pun tak elok jugak. Kena bersyukur yang kita masih ada kerja, masih ada sumber pendapatan, masih ada kederat untuk cari duit, masih ada wang untuk beli makan minum dan pakaian. Walaupun kenaikan tu sedikit sebanyak membebankan tapi jika bersyukur sudah pasti kita akan mampu hadapi.


Apa yang penting sekarang kita kena fikir bagaimana nak berjimat di zaman serba serbi naik dan serba serbi duit ni. Macam Mas, bab minyak tu memang susah nak berjimat. Sebabnya berulang alik kerja dah 70km pergi balik, kalau seminggu dah 350km. Semua tu memerlukan lebih kurang RM100 untuk seminggu ulang alik. Itu belum campur kalau hujung minggu keluar atau ada hal penting perlu diuruskan di luar, lagi banyaklah dibelanjakan untuk minyak. Tapi sekarang lebih rela dok rumah je kalau hari minggu, jimat minyak!

Bab makanan pulak, bolehlah Mas berjimat sikit. Biasanya akan bawa bekal dari rumah, masak yang ringkas je janji kenyang. Lagi pun sejak detox dan diet ni Mas kurang makan. Cuma untuk keperluan anak² makan di rumah kena keluar belanja lebih sikit. Tapi syukurlah anak² tak memilih bab makan, kadang masak satu lauk je atau goreng telur je mereka dah berselera. 


Bab belanja sekolah anak² tentulah tak dapat dielakkan, hari² kena bagi. Anak² Mas tak bawa bekal, bukan Mas tak masak tapi mereka yang tak nak. Jadi Mas biarkanlah mereka belanja. Nanti balik sekolah baru makan apa yang dimasak di rumah. Nasiblah anak yang sekolah rendah tu masih cukup belanja RM3 sehari. Yang sekolah menengah dah duduk asrama, jadi bagi sebulan RM50 je. 

Bab pakaian memang Mas jarang membeli, terutama untuk diri sendiri. Untuk anak² kadang 2-3 bulan sekali, atau kalau ada duit lebih Mas belilah. Demi nak berjimat pakailah baju yang masih elok sampai rosak, kalau ada yang dah tak padan baru gantikan dengan yang baru. Baju pun beli yang murah² je, janji boleh pakai dan kainnya elok. 

Tapi walau nak berjimat, simpanan tetap kena ada. Zaman sekarang memang kena menyimpan, penting untuk kegunaan waktu kecemasan atau persekolahan anak². Tak perlulah menyimpan banyak tapi ikut yang kita termampu, janji kita tak putus duit waktu dalam kesusahan. Pastu kerja sampingan bagi Mas wajib kena buat sekarang, tak boleh harap pada kerja hakiki je. Sekurang²nya bolehlah tambah pendapatan dan boleh bantu kita berjimat kan?

5 ulasan:

  1. saya yg anak baru sorang ni pun, simpanan pun susah..huhu..
    tak boleh fikir sangat isu harga naik ni, nanti sakit hati..
    kita buat camne pun camtu je lah kan.. T_T

    BalasPadam
  2. Bagus cara kak mas berjimat...wpun anak2 sis tak mau bawa bekal tp amaun yg diberi tu lebih kurang mcm harga bekal...didik dari kecil utk mereka rajin menabung pun bagus kan kak.

    BalasPadam
  3. dengan keadaan ekonomi sekarang, kena berjimat dan cari side income yang lain.

    BalasPadam
  4. Betul tu, kena usaha cari pendapatan sampingan & ada simpanan juga. Kena ready untuk apa saja

    BalasPadam
  5. Memang kena fikir berkali-kali sebelum beli satu2 barang... anak2 saya bawa bekal ke sekolah.. Kesian kitakan... rasanya habis berjimat dah ni... 😓

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com