Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 1 Februari 2017

Bila Airis ada homework

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali cuti sekolah tak sah kalau anak² tak dibekalkan dengan homework kan? Sekarang bukan anak² sekolah rendah dan menengah je ada kerja sekolah, yang sekolah tadika pun ada. 

"Mama, Airis ada kerja sekolah. Banyak cikgu bagi"! Haaa itulah yang Airis katakan pada Mas masa cuti sekolah yang lepas. 6 hari bercuti ada 4 set kerja sekolah yang perlu dia siapkan. Takdelah rumit sangat homework tu tapi sebagai ibu bapa kita kenalah bimbing dan galakkan mereka untuk siapkan kerja tersebut. Memanglah dia baru tadika tapi jangan pandang remeh, sebab itulah yang melatih anak² untuk rajin siapkan homework yang cikgu bagi.


Macam Airis tak susahkan pun nak suruh dia siapkan, kena bagi dia seronok nak buat homework tu. Bila seronok sudah tentu dia tak sabar nak siapkan semua homework yang diberikan. Pastu pujilah sikit, bagitau cantik dan kemas kerja yang dia buat. Macam Airis memang dia suka bila Mas cakap, "Pandainya Airis buat, cantiknya Airis buat"!

Lagi satu kalau anak² tengah takde mood nak buat homework tu janganlah dipaksa. Kalau kita paksa takut dia memberontak dan tak mahu siapkan kerja yang diberikan, dan kalau buat pun mesti dia buat sambil lewa je. Pastu kena pilih masa yang sesuai untuk dia siapkan kerja tersebut, seeloknya waktu awal pagi dan awal malam. Misalnya pukul 9.00 pagi atau 8.30 malam, kerana waktu ini minda mereka sedang aktif. Kalau waktu tengahari biasanya mereka akan mengantuk dan petang pulak waktu mereka bermain, jadi kurang sesuai.

Alhamdulilah sebelum sekolah bermula Airis dapat siapkan semua homework dia. Seronok sangat dia bila semua kerja sekolahnya dah siap, terus tak sabar nak hantar pada cikgu hari ni. Siap cakap nanti Airis dapat hadiah sebab siapkan kerja sekolah, hehehee! 

1 ulasan:

  1. Betul tu... kita kena bantu anak2 siapkan kerja sekolah yang diberi... kadang ada juga yang kita tak belajar pun masa sekolah dulu πŸ˜…

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com