Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 14 Februari 2017

De Rhu Beach Resort : Lokasi percutian menarik dan Penganjuran majlis

Assalamualaikum...(^ ^)


11-12 Februari 2017 yang lepas berlangsung dengan meriahnya Family Day KBBA9 dan lokasi pilihan adalah di De Rhu Beach Resort Kuantan, Pahang. Jadi sebelum Mas cerita lebih lanjut mengenai kemeriahan family day tu, Mas nak cerita dulu pasal resort tersebut. 

De Rhu Beach Resort, Kuantan
Resort ini terletak berhampiran dengan Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam, Kuantan. Mas pun pertama kali sampai ke resort ni dan dikhabarkan tarikan utama adalah kolamnya yang sangat luas dan selesa. Mula² sampai tu memang tak sabar nak tengok kolam, dan bila dah sampai ternyata teruja melihatnya. Luas, selesa, bersih dan cantik, membuatkan kita tak sabar nak mandi.

Pastu kolamnya selamat dan mesra kanak². Terdapat pelbagai kemudahan permainan disediakan untuk anak² seronok mandi manda. Pengawal keselamatan jugak ada untuk memastikan anak² sentiasa selamat ketika berada di kolam.

Lagi satu, kolam ini jugak dibuka kepada orang awam yang tidak menginap untuk bawa anak² mandi manda. Bayaran yang dikenakan adalah RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak².




Selain tarikan kolam tu, De Rhu Beach Resort jugak sesuai untuk penganjuran pelbagai majlis seperti hari keluarga, gathering, seminar, kursus, mesyuarat dan majlis perkahwinan. Ini kerana pihak resort mempunyai kemudahan dewan yang sangat luas dan selesa untuk majlis² tersebut. Ada 10 dewan tau tak? Haaa memang berbaloi sangat buat pelbagai majlis di sini.

Jangan risau, setiap majlis yang ingin diadakan pihak resort menyediakan pelbagai pakej² menarik dan berbaloi. Boleh rujuk di website mereka untuk maklumat lanjut.




Bukan sahaja kemudahan dewan, ada banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di De Rhu Beach Resort seperti gimnasium, gelanggang squash dan badminton, padang permainan, karaoke lounge dan video games lounge. Semua kemudahan ini memang cukup selesa untuk para pengunjung.

Pastu ada jugak kemudahan aktiviti lasak seperti ATV Advanture. Wahhh best dan menarik kan, kena cuba aktiviti ni kalau datang ke De Rhu Beach Resort.

Menarik ni, jom baca: Cara merawat ekzema dan psoriasis




Pastu bilik² penginapan di resort ini jugak sangat selesa, cantik serta harganya berbaloi dan berpatutan. Ada 3 jenis bilik yang disediakan iaitu Superior, Super Deluxe dan De Rhu Suite. Masa menginap tu Mas dapat bilik Super Deluxe, biliknya selesa, luas dan bersih. Dalam bilik ada kemudahan wi-fi percuma, penghawa dingin, TV dengan rangkaian Astro, mini bar dan seterika. Sesuailah untuk kami sekeluarga!

Pastu bilik suite pulak sangat cantik, sesuai untuk pengunjung yang datang nak berbulan madu. Romantik gitu suasana biliknya, hehehee! 





Jadi memang tak rugi kalau anda memilih De Rhu Beach Resort sebagai destinasi percutian dan untuk adakan apa² majlis sekali pun. Kolamnya cantik, dewannya banyak dan luas, biliknya selesa, ada pelbagai kemudahan, ada wi-fi percuma, makanannya sedap, berdekatan dengan pantai dan pastinya berbaloi dengan wang ringgit anda. Haaa cukup lengkap semuanya! 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari:

Website: derhu.com.my
No. Telefon: 09-5579000

Mas pun nak datang lagi nanti, bawak keluarga datang bercuti pulak!

8 ulasan:

  1. Memang best sgt! Nak repeat lagi, tak puas mandi kolam

    BalasPadam
  2. seronok...anak-anak pun teruja nampak kolam sebegini

    BalasPadam
  3. Bestnya swimming pool dia..!
    Bilik pun kemas dsn nampak selesa

    BalasPadam
  4. Seronok sangat nak repeat lagi nanti...

    BalasPadam
  5. Biliknya nampak best..swimming pool besar..puas hati nengok

    BalasPadam
  6. Wow bestnya..mas lain kali blh datang lagi tau..try bilik honeymoon gitu hehehe..kat sini mmg best kan..nak nak layan mandi manda kat kolam hehe

    BalasPadam
  7. Nampak selesa dan cantik tempatnya nie

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com