Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 7 Februari 2017

Jaga emosi si ibu berpantang

Assalamualaikum...(^ ^)

Hurmmm sedih bila dengar kisah ibu dan bayi di Kelantan tu. Tak wajar kalau kita salahkan si ibu, dia takde niat langsung nak buat camtu. Ibu mana yang sanggup bunuh anak sendiri kan? Anak yang dikandung 9 bulan dan anak yang dilahirkan dengan penuh kesakitan, mana sanggup seorang ibu lakukan sedemikian. Tapi ibu ini tertekan emosinya, jadi janganlah kita hukum dia. Doakan yang terbaik buatnya sebab dia masih ada anak² yang lain.


Mas tak nak ulas banyak pasal kes tu sebab Mas tahu setiap ibu yang berpantang sering tertekan emosi mereka. Bukan setakat si ibu tu sahaja yang perlu jaga dan kawal emosi tapi suami, ibu bapa, mertua, adik beradik dan kawan² kena turut bantu. Janganlah sesakkan emosi si ibu dengan perkara yang remeh temeh, dia perlu tenang untuk hadapi tempoh berpantang tu!

Pastu kena bantu si ibu jalani proses berpantang dengan baik dan sempurna. Mereka perlu sihat dan kuat sebab bila badan sihat barulah boleh jaga anak dengan baik dan emosi akan stabil. Khususnya untuk si suami, uruskanlah penjagaan makanan dan berpantang isteri dengan sempurna. Bantu dia uruskan kerja rumah dan hal anak², barulah dia tak penat dan risiko untuk tertekan akan berkurangan. 

Macam Mas dulu masa anak pertama dan kedua beruntung sangat sebab arwah mak abah jaga masa berpantang. Memang pantang 60 hari dengan sempurna, jangan harap nak buat kerja. Semuanya mak abah uruskan, termasuklah mandikan anak dan basuh pakaian anak. Bila Mas dah cukup sihat dan kuat baru mereka benarkan buat sendiri. Tapi bila anak ketiga Mas pantang sendiri sebab mak abah dah takde. Rasa tertekan dan emosi terganggu memang ada, lagilah beranak dah berusia masa tu. Jadi bantuan suami dan adik beradik sangat diperlukan!

Lagi satu isteri yang emosinya tertekan ni tak boleh dibiarkan sendirian, kena sentiasa ada peneman. Kalau suami tak boleh teman minta tolong mak ayah atau adik beradik. Pastu kalau nampak isteri macam tertekan sangat dan emosinya tak stabil jauhkan dia sementara dari anak, biar dia bertenang dulu. Bila dah tenang emosinya, Insya Allah si ibu boleh uruskan anak dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com