mrs secretary

Ahad, 5 Februari 2017

Mama, nak susu sebotol!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa yang ni memang susah sikit nak jatuhkan talak dengan botol susu dia tu. Kadang janji kemain lagi tapi semuanya dusta belaka, hahahaa! Suruh mama beli botol strawlah, buang botollah, jangan beli putinglah, tapi tak menjadi pun! Semacam je, "Mama nak susu sebotol." 


Pernah puting botol dia koyak sebab kena gigit, jadi Mas biarkan je. Tak beli pun puting baru, ada lah dekat 2 minggu lebih. Tapi semacam je dia hisap pakai puting koyak tu, mencungap² jugak dia minum sebab susu keluar laju. Hehehee kesian jugak tengok! Akhirnya babah dia jugak mengalah, belikan puting baru. Jadi tak berhentilah lagi jawapnya.

Kalau pergi sekolah pulak memang beria dia nak bawa bekal botol susu, katanya ada kawan bawa. Mula² memang Mas bekalkan tapi bila disiasat rupanya yang bawa tu ramai kanak² 4 tahun, yang 5 tahun dia sorang je. Hehehee pecah tembelang! Terus Mas cakap, "Airis tak payahlah bawa bekal botol pergi sekolah. Airis kan dah jadi kakak, dah besar!" Haaa automatik dia cakap, "Haah kakak dah besar. Tak nak bawa botol dah." Tapi bila balik sekolah wajib susu sebotol, kadang tu tak sempat tukar baju.

Kalau ikut kakak dan abang dia dulu, umur 3 tahun memang dah berhenti hisap botol susu. Mas beli botol straw dan kejap je ajar dia orang, terus serasi. Tapi si Airis ni lain sikit, panjang akal dan banyak betul alasan dia. Nampaknya agak payah nak talakkan botol tu, hahahaa!

1 ulasan:

  1. susah jugak nak berhenti ye...
    Adam umur dekat 2 thun baru nak botol..sbb fully bf, dia tak suka botol..skang ni br sibuk nak botol..ni pun dah nak masuk 3 thun ni T_T

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com