terkini dan sensasi

Jumaat, 3 Februari 2017

Yuran tadika mahal

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah agak isu yuran tadika mahal ni akan timbul. Tapi Mas tak naklah ulas panjang lebar sebab nanti ada pulak yang kata berkira sangat bab pelajaran anak². Tak sebenarnya, bukan berkira tapi ikut kemampuan sesebuah keluarga tu. Kena jugak ukur baju di badan sendiri, janganlah tak mampu tapi nak paksa kewangan kita. Takut nanti membebankan dan mendatangkan masalah pulak.


Sememangnya yuran tadika zaman sekarang agak mahal terutamanya tadika swasta, kadang tu yuran pendaftaran ada yang mencecah RM2k. Pastu bayaran bulanan pulak ada yang cecah RM400 ke RM500 sebulan. Kenapa begitu mahal? Seperti biasa alasan yang diberikan oleh pihak taska ialah kos operasi yang terlalu tinggi termasuk gaji pekerja, harga bahan makanan dan kos alatan pembelajaran serta sewa premis yang tinggi memaksa mereka mengenakan caj yang mahal. Mungkin munasabah jugak sebab sekarang kan zaman duit, duit dan duit!

Tapi nak mengeluh dan salahkan pihak tadika pun tak boleh jugak, kena berbalik pada kemampuan kita. Kalau anak baru seorang bolehlah hantar tadika yang mahal sikit, mungkin kita mampu dan cukup belanja untuk itu. Tapi kalau anak dah 5 orang pastu semua masih bersekolah cukuplah sekadar hantar ke tadika kerajaan atau pra sekolah. Jangan risau, apa yang dipelajari sama sahaja! 

Wajar atau tidak pihak tadika kenakan caj yang mahal tu susah Mas nak ulas. Sebab kalau bagi Mas memang agak mahal sebab Mas tak mampu, kalau mampu mungkin tak kot? 

3 ulasan:

  1. kita yg biasa2 terpaksa hantar tadika yg ada nursery sampai ptg sbb takde org nak jaga anak. kalau amik transit kena + caj transport lebih kurang je total sebulan..emm..

    BalasPadam
  2. seram kak dengar yuran mahal gini.. nak hantar anak ke taska.tadika kerajaan pun kena tapis.. dkna ni syukur mikhail dapat masuk permata, jimat belanja dan jangan lupa juga kos upah rumah pengasuh lebih kurang sama jer ngan kat taska. kadang, rumah pengasuh ada lebih mahal hehehehe

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com