Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 8 Mac 2017

Airis dan soalan²nya

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak seusia Airis ni memang terkenal dengan kepetahannya berkata². Kadang Mas dan husband pun boleh mati kata² bila dengar dia bercakap. Boleh dikatakan dia lagi advance dan lagi bijak dari kita. 


Sekarang ni dia memang suka tanya macam² soalan, boleh dikatakan setiap hari ada soalan cepu emas dari dia. Kadang tu rasa macam 100 soalan dah dia tanya pada hari tu. Tapi penat camne pun atau mati akal camne pun nak jawap, tetap kena layan dan perah otak untuk jawab soalan dia tu. Kalau kita tak jawap dia akan tanya berulang kali dan akan cakap, "Mama kenapa tak jawap soalan Airis, Airis tanya ni kan?" Haaaaa mampu ko nak diam je!

Tapi Mas seronok layan soalan² dia tu, sebab kadang kita pun tak terfikir anak seusia tu boleh tanya pelbagai soalan. Dari situ kita nampak minda dan pemikiran dia berkembang di luar kotak. Kita layan dan turuti saja, sebab ianya bagus untuk tumbesaran dan dapat bina keyakinan diri mereka. Jangan pulak anak bertanya soalan yang pelik² kita marah dan cakap yang bukan². Itu proses mereka membesar jadi kita kenalah peka. 


Ingat lagi semalam, Mas pening kepala pastu baringlah dan pejam mata. Terus dia datang dekat dan cakap, "Mama jangan tidur, Airis nak tanya ni!". Haaaaa kalau kau tak sabar tak pasal² anak kena marah kan? Tapi Mas tak nak rosakkan keyakinan dia jadi layan je dengan penuh khusyuk. Inilah soalan² dia..

Airis: Mama kerja kat mana?
Mama: Kat ofislah.
Airis: Ofis mama kat mana, jauh ke?
Mama: Kat Putrajaya, jauh jugaklah. 
Airis: Ok, mama pergi ofis jangan bawak kereta laju² tau! 

Hahahaaa siap bagi nasihat tu, seronok pulak layan. Ingatkan dah habis, rupanya dia sambung lagi.

Airis: Mama, kenapa mama kerja?
Mama: Nak cari rezekilah untuk beli susu Airis.
Airis: Ok, memanglah nanti Airis takde susu nak minum. Mama beli susu Airis kat mana?
Mama: Kat kedailah.
Airis: Ehhh bukan, kat Giantlah!

Haaaaa dah Airis jom tidur, mama pening! Esok pulak tanya soalan ye. Hehehee walaupun soalan atau jawapan balas dia tu kadang Mas tak duga tapi seronok tau, boleh tergelak dibuatnya. Sebab tu Mas kata kepetahan dia tu kadang buat kita mati kata²

3 ulasan:

  1. betul la kak.. anak ni banyak tanya.. kadang soalan sama jer.. macam mikhail la, tiap hari tanya nak pergi mana sedangkan dia tau nak masuk opis, lepas tu ke taska dia. tapi dkna suka twist balik soalan tu, dkna tanya dia balik mikhail nak p mana ni? elok jer dia jawab..opis ibu la.. nak p sekolah la..hahahaa..

    BalasPadam
  2. hahahah,..nak taknak layankan je..otak tengah berkembang tu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com