Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 3 Mac 2017

Berkongsi sesama adik beradik

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² Mas ni boleh dikatakan rapat di antara satu sama lain, jarang mereka nak lupakan salah seorang. Walaupun dok bergaduh dan bertengkar tapi sekejap je, 5-10 minit nanti baiklah semula. Kadang mamanya yang geram dok asyik bergaduh je, terutama masa main sama².


Jadi bab berkongsi apa saja baik makanan atau barang² mereka jarang nak kedekut, terutamanya Airislah. Setiap kali pergi kedai kalau nak beli apa² makanan mesti ingat nak belikan untuk kakak dan abangnya. Walaupun kakak takde dok kat rumah tetap jugak nak beli, sentiasa ingat dekat kakaknya. Kalau tak beli pun pasti dia akan berkongsi apa dia ada dengan mereka. 

Kakak dan abangnya ni dah besar, jadi kadang bab nak berkongsi mereka selalu alpa sikit. Dah dapat selalu ingat untuk diri sendiri je, tak ingat dah adik beradik lain. Jadi Mas selalulah pesan, apa² yang kita dapat dan makan kena berkongsi serta kena ingat adik beradik lain. Mas cakaplah, "Kalau mama tak pernah memilih dan tak lupa untuk belikan setiap dari korang apa² pun, jadi korang pun kena camtu."

Tak susah kita nak galakkan anak² berkongsi apa yang mereka ada, caranya kita pun kena berkongsi. Tak salah sekali sekala kita beli 1-2 je makanan dan kongsi makan sama² dengan anak². Bila selalu tengok kita buat camtu, automatik anak² tak lokek untuk berkongsi makan dengan kakak dan abangnya. Sama jugak dengan barang mainan, belikan satu dan suruh mereka main sama². Haaa tengok gambar ni, Airis kongsi mainan dia dengan abang Arfan. Walaupun nampak macam abangnya pulak yang lelebih main, hahahaa!


Syok apa berkongsi² adik beradik ni, lebih mesra dan erat kasih sayang kan?

3 ulasan:

  1. Bagusnya akak didik anak akak macamni. nak bentuk anak-anak ni punya peribadi better dari kecil kan kak, and kita pun kena tunjuk contoh yang baik untuk diorang. :)

    BalasPadam
  2. Skrg adik beradik julia dah besar...dulu kami cm ni la main masak2 belakang umah mama tp masa tu guna periuk guna tanah pastu buat unggun api...zmn dlu kami buat unggun api pun tak jadi isu...cuma sekarang la zmn serba tak boleh...takut cedera bagai kan hehehe..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah. moga jadi anak yg baik

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com