terkini dan sensasi

Isnin, 13 Mac 2017

Meriahkan cuti sekolah di Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday

Assalamualaikum...(^ ^)

Minggu depan dah bermula cuti sekolah dan pastinya kita ibu bapa dah merancang apa aktiviti menarik nak dilakukan bersama anak². Yang penting kita nak cuti sekolah anak² diisi dengan aktiviti yang menarik dan menggembirakan. 


Ok, Mas cadangkan bawak anak² ke Sunway Lagoon sebab akan ada aktiviti menarik yang pastinya menyeronokkan. Sempena Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday, selama 9 hari berturut² dari 18-26 Mac 2017 akan diadakan birthday party kepada semua para pengunjung. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang party tersebut seperti party games, face painting dan temporary tattoos. 

Pastu pengunjung jugak berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan karektor Nickelodeon seperti Spongebob SquarePants, Pactrick Star, Dora The Explorer, Boots dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Pengunjung boleh bergambar dengan karektor² kegemaran dan berpeluang memenangi FAMFun Pakej serta SpongeBob Run Tickets jika berkongsi gambar terbaik bersama karektor² Nickelodeon tersebut di media sosial.



Haaa menarik kan? Mas pun dah berpeluang bawak anak² pada hari Sabtu lepas dan mereka memang seronok sangat. 4 jam kami lepak sambil anak² mandi manda sepuas²nya. 


Jadi jangan lupa bawa anak² berhibur ke Sunway Lagoon cuti sekolah ni. Terdapat 2 pakej menarik sempena cuti sekolah iaitu:

FAMFun Pakej : RM390 untuk 2 dewasa dan 2 kanak²
4-To-Go Pakej : RM456 untuk 4 dewasa

Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari www.sunwaylagoon.com dan Facebook www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.


5 ulasan:

  1. Syokkkknya! Bawa budak2 memang happy seharian lah diorang hehehe.

    BalasPadam
  2. Cuti sekolah boleh lah pergi lagi ye Mas..seronok anak-anak

    BalasPadam
  3. Meriah sambutan 1st birthday back nickelodeon ritu...teringat2 lagi hehehe

    BalasPadam
  4. Dah lama xpergi huhu.. Bestnyee... Last pergi time zaman skolah dulu haha

    BalasPadam
  5. nak datang lagi rasanya..tak puas

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com