terkini dan sensasi

Selasa, 7 Mac 2017

Selesai pendaftaran sekolah Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Dek kerana kesesakan web KPM minggu lepas, semalam barulah Mas cuba daftar tahun 1 untuk Airis. 

Alhamdulillah sepanjang buat tu lancar je, takdelah tetiba suruh log masuk semula. Tapi bab nak isi rekod imunisasi tu yang berjanggut sikit, yelah kena isi satu². Sebab imunisasi DPT/HIB/Polio tu diasingkan, jadi kenalah isi satu per satu. Nasiblah ada pengalaman isi untuk kakak abang dia dulu secara manual, jadi takde pening kepala fikir. 


Selesai daftar untuk tahun 1 cubalah pulak untuk pra sekolah, sebab hari tu buat tak berjaya. Asyik suruh log masuk semula je sampai sakit hati nak buat, terus isi borang secara manual je. Tapi disebabkan borang belum hantar Mas cubalah sekali lagi untuk daftar online dan akhirnya semalam berjaya. Agaknya web KPM dah sejuk tu, sebab dah ramai yang buat minggu lepas.

Fuhhh lega bila dah berjaya daftar kedua²nya. Hari ni dah suruh husband lengkapkan dokumen untuk hantar ke sekolah. Biarlah hantar awal sikit, daripada gigit jari tak dapat sekolah yang dipilih kan? Lagi pun sekarang ni bukan senang nak dapat sekolah yang dipohon, banyak prosedur dan kriteria yang pihak sekolah tengok. 

Mas mohon sekolah yang sama dengan abang dia, senang sikit ada geng nanti. Tapi masa pra jelah sebab tahun depan abang dah darjah 6, masa Airis darjah 1 abang dah sekolah menengah. Takde dah geng masa tu, kena berdikari sendirilah. Tunggu dapat adiklah pulak, baru ada geng. Hehehee!

4 ulasan:

  1. Alhamdulilah kak mas well done...berjaya akhirnya melepasi daftar online kan...julia pun dah berjaya daftar dan htr ke sekolah...settle...x sangka anak kecik nak sekolah dah kan kak...cpt ye masa

    BalasPadam
  2. utk ijat, aida da daftarkan directly dgn skola last 2 years.
    baru terfikir, adakah kena daftar online?
    kena tanya skola balik nih...

    BalasPadam
  3. Airis dah besar..nak masuk darjah satu dah

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dah settled juga untuk anak sulung masuk sekolah berdekatan dengan rumah

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com