Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 17 April 2017

Pengalaman ambik darah 3 kali

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila mengandung bab ambik darahlah yang paling Mas tak suka, bukannya apa ai ni penakut. Penakut tu bukanlah sampai tahap lari keliling klinik kena kejar dengan nurse, hahahaa! Tapi penakut kan jarum je. Bila nurse keluarkan jarum tu, tahap seriau tu mulalah lain macam. Rasa nak cabut lari oiiiii!


Kenapa sampai kena ambik darah 3 kali? Khamis lepas Mas kena minum air gula, biasalah prosedur wajib kalau mengandung. Sebelum minum tu kenalah ambik darah dulu, pastu selepas 2 jam dah minum air gula kena serah tangan lagi sekali. Kali ketiga pulak kena ambik darah untuk check kandungan gula dalam darah kita selama 3 bulan, yang ni dipanggil HbA1c. 

Fuhhh dup dap dup dap dada akak kau, 3 kali kena serah tangan jadi mangsa suntikan jarum. Pastu satu lagi yang buat Mas seriau setiap kali ambik darah sebab urat susah nak timbul. Sampai nurse kena urut² dulu dan tepuk² banyak kali. Tapi bila dah jumpa uratnya, masuk je jarum darah pulak tak nak keluar. Haaaaa masa ni nurse kena pusing² sikit jarum tu nak bagi kena urat. Masa ni sakit dia jangan cakaplah, rasa nak lempang je nurse tu. Hahahaaa!

Kadang sampai satu tahap darah tak nak jugak bagi kerjasama, jadi terpaksa cabut jarum dan cucuk tempat lain. Huwaaa ai redha je masa tu walau rasa nak meraung dah! Memang pengalaman yang agak menakutkanlah bagi Mas kalau setiap kali nak ambik darah. 

Jadi legalah semua tu dah selesai. Harap temujanji akan datang takdelah kena ambik darah lagi!

3 ulasan:

  1. Saya jenis yang takut jarum juga lah kot. Eh, ke tak. Haha.. Tapi, ada impian nak derma darah. Cuma, sampai sekarang masih tak cukup berat badan untuk derma darah. Haiihhh... 😅

    BalasPadam
  2. aduh duhh. faham perasaannya sebab pernah kena macam ni juga. kalau tak sakit, takpelah jugak.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com