mrs secretary

Ahad, 14 Mei 2017

Bila Mr Ex tetiba rosak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh tak sangka sungguh semalam diduga sebegitu, habis tergendala semua rancangan yang nak dibuat. Tapi apa pun syukur segalanya dapat diatasi, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tu. 


Alkisahnya semalam seronok nak pergi makan nasi kenduri kahwin dekat rumah kawan blogger, lagi pun Mas memang mengidam nasi kenduri. Tetiba masa tengah berhenti kat trafik light, enjin Mr Ex mati. Banyak kali husband cuba start tapi tetap tak mahu hidup, akhirnya kenalah tolak ke tepi jalan.

Husband cuba jugak tengok apa masalahnya sebab memang tak boleh hidup langsung. Dia agak macam fuel pump rosak sebab masa start minyak langsung tak naik. Nasiblah husband pomen, jadi memang dia tahulah jugak kalau kereta ada masalah. Tapi itu cuma andaian husband, kata dia kena bawak ke pusat servis Proton jugak untuk periksa betul² apa masalahnya. Lagi pun belum sampai setahun kami guna Mr Ex ni!

Hampir 2½ jam jugaklah kami tersadai kat tepi jalan tu, lama betul tunggu towing dari Proton datang. Kempunan terus mak buyung nak makan nasi kenduri, huhuhuu sedih! Pukul 4 lebih barulah kereta dibawa ke pusat servis Proton di Nilai. Bila diperiksa memang betullah fuel pump yang rosak, tepat tekaan Abam Pomen ai! Tapi yang buat Mas rasa nak terberanak bila dengar, kos untuk ganti barang dan repair mencecah RM700++. Haaaaa mana nak cekau duit saat tengah² bulan camni kan? 


Akhirnya husband buat keputusan tarik semula kereta keluar dan dia akan baiki sendiri je. Lagipun dia boleh dapatkan spare part original dengan harga yang lagi murah, pastu kos repair pun tak perlu bayar kan? Mas bersyukur sangat sebab nasiblah husband ada kemahiran bab baiki kereta ni, kalau tak tersadailah kereta tu kat Proton sebab nak cari duit dulu. 

Itulah agaknya hikmah yang Allah berikan!

2 ulasan:

  1. kak mas, kalau tak sampai setahun pakai kereta tu patutnya kena la warranty daripada proton kan? kereta baru tu kak mas. Plat kak mas CDT, baru lagi tuuu..tak tanya servis centre pasal warranty spare part?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak pernah hantar servis kat Proton memang takde warranty. Sebab husband memang servis sendiri. Hurmmm takpelah, takde rezeki.

      Padam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com