Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 29 Mei 2017

Cabaran berpuasa sebagai ibu hamil

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah dah masuk 3 Ramadhan, dan masih dapat terus berpuasa walaupun ada jugak dugaan dan cabarannya. Mas dah 4 kali merasa berpuasa ketika hamil, masa mengandung Atikah, Airis, baby yang gugur dan kali ni. Pengalaman berpuasa untuk keempat² kandungan ni berbeza², tapi yang kali ni rasanya agak mencabar sedikit.

Masa hamilkan Atikah masa tu kandungan baru 2 bulan lebih, tapi alhamdulilah hanya tinggal sehari je sebab muntah² teruk. Yang selebihnya boleh berpuasa dan selera makan pun ada. Masa Airis pulak takde masalah sebab kandungan dah 6 bulan, jadi dapat berpuasa penuh. Masa baby yang gugur tu pulak baru hamil 3 bulan lebih masa tu. Dipermudahkan jugak ketika berpuasa walaupun lepas berbuka mesti muntah. Dapatlah jugak berpuasa penuh! 


Tapi mengandung kali ni agak berbeza, walaupun usia kandungan dah 5 bulan tapi keadaan kesihatan selalu merundum. Nak² lagi bila berpuasa ni penat dia rasa lain macam sangat, tak seperti yang sebelum ni takdelah penat sangat. Masa hari pertama puasa sampai lembik² badan dan kena pitam bila uruskan hal memasak. Nasiblah husband bercuti masa tu jadi dialah banyak bantu, kalau tak memang tak siap masak juadah berbuka. Lepas habis memasak terus tak mampu nak bangun sampailah waktu berbuka!

Pastu semalam sekali lagi diduga, tengah syok² memasak tetiba sakit perut yang amat sangat. Ingatkan sakit perut sebab angin atau gastrik, rupanya cirit birit. 5 kali dok ulang alik masuk tandas, sampai pucat lesi dan lembik satu badan. Yang paling tragis kali ke-5 keluar dari tandas terus tumbang dan tak sedar apa². Sedar² husband kejutkan untuk berbuka, bila tanya dia cakap Mas pengsan masa keluar dari tandas. Nasiblah dia sempat sambut, kalau tak entah apa jadi pada Mas. 


Fuhhh teruk jugaklah cabaran dan dugaan yang Mas hadapi, tapi syukur dapat jugak teruskan berpuasa. Kalau ikutkan hari ni husband tak benarkan Mas berpuasa, risau dia Mas tak larat nanti. Tapi Mas tetap nak cuba berpuasa dan setakat pukul 2 lebih ni masih mampu bertahan. Harap² dapatlah bertahan sampai waktu berbuka nanti dan dapat memasak untuk berbuka. 

4 ulasan:

  1. Boleh tahan juga dugaan kak mas puasa kali ni ye...moga esok dan seterusnya dipermudahkan

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan urusan kak mas...baca sejarah akak berpuasa masa mengandung pun byk ujian ye...harap kali ini akak boleh bertahan. Amin.

    BalasPadam
  3. Alahai kak.. Kesiannya.. Dkna pulak nak sangat puasa tapi allah bagi rezeki berpantang dalam bulan puasa.. Redha je la kena ganti sebulan puasa hihii

    BalasPadam
  4. dugaan akak dasayt ye..tapi sekarang dah ok kan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com