Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 21 Mei 2017

Final Piala FA : Bukan rezeki Pahang

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah pada pasukan Kedah dapat menjulang Piala FA.


Tahniah jugak pada pasukan Pahang, walaupun kalah tapi kalah yang bermaruah. Memang terbaik permainan mereka semalam, hampir tergugat jugak benteng pertahanan Kedah. Seawal minit ke 30, jentera Pahang hanya tinggal 10 pemain sahaja akibat seorang dari mereka dikenakan kad merah. Kami sebagai penyokong memang frust jugaklah, tapi bila tengok para pemain tetap bersemangat maka sorokan tak bertalu² kami berikan. Kami tahu skuad Tok Gajah boleh buat yang terbaik!

Namun rezeki tidak memihak pada mereka, walau dah bermain mati-matian. Tapi 2 gol yang disumbangkan adalah yang terbaik mereka berikan. Memang Mas tengok semalam game di padang adalah milik Pahang, ramai jugak penyokong² dari pasukan Kedah mengakuinya. 


Pengalaman tengok live di stadium
Haaaaa memang semalam pertama kali Mas jejak kaki ke stadium untuk tengok perlawanan bola yang berprestij camni. Rasa teruja dan gementar tu memang ada, tak tahu lagi camne keadaan di dalam stadium tu. Bila dah masuk tu memang gamat sangat suasana, berpuluh² ribu penyokong kedua² negeri membanjiri stadium. Sorakan, laungan semangat dan lagu² bergema di pelusuk stadium, meriah sangat! Mas, husband dan anak² pun turut sama bersorak dan menyanyi. Airis lagilah seronok dia buat semua tu, penyokong cilik skuad Tok Gajah ni.



Memang seronok sangat tengok gelagat penyokong² ni, penuh semangat semuanya. Ada tu sanggup datang dari jauh demi memberi sokongan pada pasukan kesayangan mereka, terutama penyokong² Kedah. Berbaloi mereka datang jauh², memang rezeki mereka

Sekali lagi tahniah pada kedua² pasukan! 


4 ulasan:

  1. tapi ref berat sebelah, itu je yang tak puas hati dengan games semalam hihihi

    BalasPadam
  2. BUKAN REZEKI . adat permaina ada kalah dan menang kan.. wah semangat betul mummy preggy nih ..mujur tak jadi apa2

    BalasPadam
  3. berkobar kak mas..baguih betul..hehee..dua2 hebat malam tu

    BalasPadam
  4. em.. bola tu bulat.. hahahah~ ( tak puas hati jugak )

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com