terkini dan sensasi

Sabtu, 6 Mei 2017

Maharaja Lawak Mega 2017 hambar

Assalamualaikum...(^ ^)

Habis sudah MLM 2017. Tapi serius mulanya Mas tak tahu pun siapa juara, naib juara dan tempat seterusnya. Mana taknya pertama kali tengok MLM Mas boleh tertidur, sedar² je dah habis! Hanya sempat tengok persembahan pertama dari Zero je, pastu terus lena dibuai mimpi. Hahahaa memang pertama kali dalam sejarah tengok final MLM sampai terlena.

Memang diakui MLM tahun ni hambar sangat, dari minggu pertama lagi. Kadang² je ada kumpulan yang berikan persembahan terbaik dan boleh buat Mas gelak sakan seperti Bocey dan Zero. Tapi kebanyakannya lawak yang agak membosankan.  

Kalau nak dibandingkan dengan MLM musim sesebelum ni, semuanya lebih memuaskan hati. Terutamanya masa Jozan, Sepahtu, Jambu, Boboi dan Nabil bertanding, memang tak kering gusi gelak. Setiap minggu ternanti² persembahan dari mereka, lagi² kumpulan Jozan dan Sepahtu. Walaupun lawak mereka kadang tu biasa² je tapi tetap buat kita ketawa. Kumpulan Jambu pun sama, kadang lawak mereka agak mengarut tapi penonton masih ketawa berdekah². Begitulah berkesannya lawak mereka di hati peminat!

Harap lepas ni produksi MLM adakan Maharaja Lawak Mega Legend. Panggil semua otai² lawak masuk bertanding macam Jozan, Sepahtu, Boboi, Senario, Nabil dan Jizan. Haaa baru gempak kan? 


Tapi apa pun tahniah pada semua pemenang MLM 2017 terutama juaranya Bocey. Mas rasa mereka memang layak sebab lawak Bocey je yang agak konsisten setiap minggu. Senarai keputusan penuh Maharaja Lawak Mega 2017:

Juara : Bocey
Naib Juara : Shiro
Tempat Ketiga : Dzawin
Tempat Keempat : Zero
Tempat Kelima : Puteh

1 ulasan:

  1. ada terbaca komen ttg MLM ni cakap, disebabkan tema yang sama setiap kali final tu yang membuatkan final MLM tu hambar. Even IQ tak tengok, tapi IQ pun rasa tema macam tu tak sesuai dah digunapakai dan perlu mengikut peredaran masa.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com