terkini dan sensasi

Rabu, 3 Mei 2017

Review filem Fast 8 : Gempak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh akhirnya dapat jugak tengok filem ni, puas cari masa yang sesuai nak pergi. Maklumlah Mas ni ada 2 handbag kat rumah tu, cerita ni pulak 18 tahun ke atas. Jadi kenalah pandai cari masa nak tengok berdua²an dengan husband, hehehee!

Sinopsis filem
Filem kali ini berkisar kepada Dominic Toretto yang berpaling tadah pada keluarga, sahabat dan pasukannya. Dia telah bekerjasama dengan penjahat untuk mencuri senjata nuklear.


Review Fast 8
Bagi Mas filem kali ni adalah yang terbaik dan tergempak di antara sekuel Fast & Furious. Dengan aksi² yang melibatkan kereta memang buat kita tergamam dan tercenggang. Sampai tak berkelip matalah tengok! Pastu babak kelakar tetap ada terutama dari watak Roman, memang nak tergelak saja bila tengok perangai dia. 

Pastu banyak jugak babak yang menyentuh jiwa terutama bila Dominic dapat tau dia ada anak. Haaa Dom ada anak? Apakah itu penyebab dia berpaling tadah dan bekerjasama dengan musuh. Kalau nak tau kena pergi tengok sendiri tau! 

Lagi satu siapa sangka Dom dan pasukannya boleh bekerjasama dengan musuh² mereka yang dulu untuk selesaikan kemelut tersebut. Memang terbaik dan gempak sangat Fast 8 ni. Mas pun tak puas rasa tengok sekali, lepas ni  nak tengok lagi sekali. 

Bagi 20 bintang lah, aci tak? Hehehee!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com