Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 16 Mei 2017

Seronoknya membeli belah bersama Shopee!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas suka shopping, korang suka tak? Kalau perempuan mestilah suka kan, shopping dan mereka sukar dipisahkan. Cuma cara membeli belah setiap orang tu berbeza, ada yang suka pergi pasaraya dan ada yang hanya mengadap laptop atau handphone sambil shopping secara online.

Mas pun suka shopping online cuma biasanya Mas beli dari peniaga online di Facebook atau Instagram sahaja. Jaranglah Mas beli dari website online shopping yang semakin banyak sekarang. Tapi sejak Mas tahu pasal Shopee rasa tertarik pulak nak membeli belah di situ. Lagi² bila tengok pelbagai jenis kategori produk dijual dengan harga yang murah gitu, ada tu lebih dari 50% diskaun. Antaranya ada pakaian wanita, pakaian lelaki, barangan kecantikan, gajet, barangan kanak² dan pelbagai lagi. Kalau buka website Shopee tu pasti terujalah!



Apa itu Shopee?
Shopee adalah pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan, ia membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform Shopee dibina khasnya di Asia Tenggara bagi memudahkan proses membeli belah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Jadi di Shopee pelanggan dapat membeli dengan mudah dan murah, penjual pulak boleh menjual barangan mereka dengan selamat.

Pengalaman membeli di Shopee
Bila dok tengok barangan di Shopee tu, Mas paling suka tengok handbag dan kasutlah. Lagi² bila tengok harga dan design yang ada, terus lompat bintang! Wowww murah giler barangan di Shopee ni, macam² rasa nak beli. Belek punya belek dan pilih punya pilih, Mas nak beli sandal dululah. Lagi pun Mas pregnant dan perut pun dah membesar, jadi tak bolehlah nak pakai kasut tumit tinggi. Kenalah beli sandal yang flat dan selesa dipakai kan?


Dah pilih tu berkenan dekat sandal ni, comel dan harga mak aihhh murah sangat. Tak sampai pun RM10! Pastu suka design dia, ada tali kat belakang dan ada bunga² comel gitu! Nampak selesa dan comel bila Mas pakai nanti. Cara nak beli pun mudah je, pilih barang dan masukkan alamat kita. Pastu pilih cara penghantaran, biasanya kalau barang murah ni ada caj penghantaran tapi takdelah mahal pun. Kemudian pilih cara pembayaran, guna online banking cara paling mudah. Akhir sekali pastikan maklumat semua tepat dan buatlah pembayaran. Haaaaa selesai, mudah kan. 

Tak sabar tunggu sandal comel ni sampai, boleh bergaya nanti! Pastu nanti lepas bersalin nak beli wedges pulak, cantik wooo wedges² dia. Dah berkenan kat satu design ni, tak sabar nak beli. Hehehee!

Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee
Haaaaa Mas dah cerita pengalaman membeli di Shopee, sekarang nak cerita pulak tentang Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee ni. Dalam kempen ni akan ada potongan harga 90% diulangi 90%, fuhhhhh terbeliak biji mata tengok. Pastu ada pertandingan lagi dengan hadiah lumayan bernilai RM50,000 termasuk wang tunai. Pastu ada jugak program Bayar Waktu Terima bersama Pos Malaysia. Haaaaa banyak kooo kelebihan kempen ni, mesti teruja kan?


Kempen ini akan bermula dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017, selama 45 hari tu. Ia akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari kedai rasmi dan 25,000 jenis produk dengan diskaun 90%. Ada lebih 10 kategori produk dijual, fuhhh memang boleh shopping puas² untuk raya nanti! Jangan lupa layari http://cahayaraya.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.

Muat turun Aplikasi Shopee dan sertai Contest
Korang apa tunggu lagi, Mas dah kongsi keterujaan shopping di Shopee jadi Mas nak korang pun alami sama. Cepat² muat turun aplikasi Shopee secara percuma melalui Google Play atau App Store. Pastu jangan lupa sertai sekali Social Media Contest yang diadakan, RM25,000 tu hadiah ditawarkan! Woowww memang berbaloilah Shopee ni, bukat takat boleh membeli belah tapi boleh jugak menang hadiah yang menarik dan lumayan.


Jom shopping bersama SHOPEE, murah dan mudah!

Info lanjut, layari

19 ulasan:

  1. I dah berShopee dah, biskut Gery murah kat situ

    BalasPadam
  2. Lawa betul sandal pilihan akak tu tau...nak beli juga lah heheh

    BalasPadam
  3. Nak dekat raya ni, lagi banyaklah nak bershopping kat sini.

    BalasPadam
  4. Wahh cantik sandal tu Mas .. aritu kak lya pon terberkenan gak yang ni .. nnt2 kot ushar lagi nak bli jgak laaa hehe

    BalasPadam
  5. Makin kuat bershopping lah pasnie kak mas..hehehe

    BalasPadam
  6. wahh... beli ke kasut tu... kemain mak buyung kita. heheh

    BalasPadam
  7. Berdaroh matooooo tengok shopee apps ni

    BalasPadam
  8. Shopee best .. sekali terjebak susah ooo nak keluar tp ok la harga kat sini jauh lebih murahh

    BalasPadam
  9. rehat dok depan pc jer... lps tu tunggu shopee antar barang yeay...

    BalasPadam
  10. Memang boleh giler nengok promo cahaya raya Shopee. Murah murah..!!

    BalasPadam
  11. masuk web shopee je terus gelap mata. tak tahu nak pilih barang apa. banyak sangat..haha

    BalasPadam
  12. bab diskaun sampai separuh harga tu yang menarik...

    BalasPadam
  13. memang berbaloi dengan Shopee.. hi hi

    BalasPadam
  14. semua murah2 kan..gler tgk nya..huhu

    BalasPadam
  15. Wow.. Shoppe memang terbaikkk... Hihihi

    BalasPadam
  16. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    BalasPadam
  17. sampai sekarang masih layan shopee..fuh

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com