Assalamualaikum...(^ ^)
Haaaaa 4 bulan kooo! Memang sedih dan kesian bila tengok husband dan anak² asyik beli makanan kat kedai je. Kadang husband rajin dan ada masa dia masaklah yang ringkas² je, janji boleh makan.
Bukan Mas malas masak ye atau abaikan tanggungjawab pada husband dan anak², cuma alahan pregnant yang teruk membataskan segalanya. Tak boleh langsung masuk dapur atau bau masakan, mesti akan muntah dan perut mual². Kalau husband tengah masak sanggup berkurung dalam bilik sampai dia siap masak. Haaaaa sampai camtu sekali!
Tapi Alhamdulillah, bila kandungan dan masuk 4 bulan lebih ni alahan tu dah hilang. Dah boleh masuk dapur untuk memasak dan semalam akhirnya berjaya masak hidangan makan tengahari untuk husband dan anak². Cuma ada jugak halangannya, tak boleh berdiri lama. Semalam baru berdiri 5 minit berperang di dapur, tiba² gelap mata dan kena pitam. Akhirnya kenalah memasak sambil duduk, nasiblah ada kerusi yang sama tinggi dengan dapur tu.
Fuhhhhh mencabar jugak bila kena situasi camni, tapi demi kenyangkan perut husband dan anak² Mas gagahi jua. Lepas habis masak je terus melepek dek kerana kesan pitam tu. Tapi lega sebab berjaya jugak siapkan 3 hidangan untuk santapan kami sekeluarga.
Inilah menu tengahari semalam, ada Sambal Sotong, Sambal Tauhu + Bilis dan Kacang Buncis Goreng Sos Tiram. Berselera husband dan anak² makan, maklumlah dah lama tak makan masakan mama kan? Hehehee, mama pun seronok!
simple n sedap
BalasPadampengorbanan seorang ibu...moga terus sihat dah lepas ni ye kak mas heheh
BalasPadamIQ puasa hari ni kak, silap buke entry kak mas, adehai, tengahari buta lak tu, fuhh..sabor2...lauk macam ni pun terliuq!
BalasPadamMoga kak mas terus kuat...sedapnya lauk kak mas masak!
BalasPadamNasib baik tak jd apa apa, bahaya tu pitam kat dapur huhu. Moga mas terus sihat, Aminn
BalasPadamsekali masak, tu dia..sedapp
BalasPadam