Terkini dan Sensasi

Rabu, 7 Jun 2017

Dapat jugak Nokia 3310 baharu

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila tahu Nokia ada keluarkan model 3310 baharu terus cakap kat husband, "Jom beli untuk Atikah!". Hehehee, memang menggamit memori betul Nokia 3310 ni. Dulu Mas pernah guna, masa tu memang peminat koleksi handphone Nokia. 

Pastu yang menarik minat Mas nak beli sebab Nokia 3310 baharu ni boleh install aplikasi whatsapp, jadi senang sikit nak mesej dengan anak² kalau Mas dan husband bekerja. Pastu nak buka Facebook pun boleh tapi kena buka melalui Google Chrome. Oklah kan, sesuailah untuk Atikah nak guna. 

Takde banyak beza pun Nokia 3310 baharu ni dengan yang lama, cuma ianya lebih nipis, ringan dan boleh Dual SIM. Pastu skrinnya pun lebih besar dan berwarna. Memori dalaman pulak cuma 16MB tapi ada disediakan slot untuk microSD sehingga 32GB. Jadi kalau nak install aplikasi whatsapp memang kena beli SD Card dulu, barulah boleh guna. 


Kamera pun ada tau, tapi takdelah canggih mana pun cuma 2MP je. Nak selfie atau wefie ke memang tak boleh ye, takde kamera depan. Apa lagi fungsinya ek, haaaaa ada FM Radio, bolehlah nak dengar waktu bosan². Lagi satu yang menarik Nokia 3310 baharu ni masih kekalkan games seperti dalam nokia lama dulu, terutamanya game klasik Snake. Haaaaa memang syoklah dapat main semula games ni yang telah dimodenkan sikit. Berebut² anak² Mas nak main!

Beli kat mana? Mula² puas jugak kami survey kat mana ada jual, semua kedai telefon kami tanya. Kebanyakkan kedai memang takde stok, laku macam pisang goreng panas! Akhirnya semalam husband dapat beli kat kedai di Seremban, haaa jauh tu cari. Itu pun ada satu je lagi stok, nak warna merah tapi dapat warna blue black. Harga kami dapat RM120, ada telefon, charger dan earphone serta warranty selama 1 bulan. Jadi puashatilah dapat beli!

Kalau korang berminat nak beli kenalah pandai cari. Yang jual online pun ada cuma kena tengok betul², pastikan mereka jual yang original. 

13 ulasan:

  1. wahh penah gune 3310 gak dulu ni.. baru tertanye2 samada tepon ni boleh wasap ke tak..now dah terjawabbb hikhik

    BalasPadam
  2. klasik ni hp nih.... dulu pernah pakai yg mcm ni hahahah... bagus tul marketing dia kan

    BalasPadam
  3. wah..siap ada kamera lagi..teringat dulu2 pakai hp ni...

    BalasPadam
  4. okey, boleh cari untuk anak-anak dah ni.

    BalasPadam
  5. Tetiba rasa nak cari untuk diri sendiri. Teringat kenangan dolu-dolu oii

    BalasPadam
  6. Cantiknya kak...sesuai nak bg pada anak2 utk berhubung...skrg telefon mesnjadi satu kemestian...x payah guna public phone...dlu kena beratur nak telefon mak abah...rinduuuu

    BalasPadam
  7. hehe, menarik juggak Nokia 3310 baru ni, whatsapp dah jadi apps penting dah sekarang, mudah nak communicate dengan semua orang. slot boleh masuk sampai 32GB tuuu, memang puas hati pakai ni!

    BalasPadam
  8. Jika nak jadikan hp kedua sgt sesuai. Beli simkad Onexox boleh tahan 28 bulan tempoh aktif. Wassap http://wasap.my/60129503877/onexox

    BalasPadam
  9. Waahhh seronoknyaaaa nokia ni. Menggamit memori sgt.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com