Assalamualaikum...(^ ^)
Kadang² orang cakap bulan puasa ni selera kita lain macam sikit dari hari² biasa, tekak tu terasa nak makan lain dari lain. Pastu kalau hari² makan masakan sendiri pun bosan jugak, sekali sekala nak buka puasa di luar. Pastu nak merasa beli juadah di bazar Ramadhan.
Mas akui memang betul jugak situasi tu. Kadang memang bosan makan masakan sendiri, lagilah bila buntu nak fikir apa yang nak dimasak. Tapi setakat 17 Ramadhan, Mas masih memasak hari² untuk juadah berbuka. Kuih pun Mas buat sendiri, belum pernah lagi membeli. Pastu setakat ni apa yang dimasak berselera je husband dan anak² makan, habis je lauk setiap kali masak. Mas pulak memang jenis tak memilih sangat kalau makan, apa yang dimasak itulah yang Mas makan.
Bab nak memilih juadah apa untuk dimasak tu, memang setiap hari buntu nak fikir. "Apalah nak masak hari ni", pastu kadang tu dah pukul 4 petang barulah datang idea apa nak dimasak. Tapi kadang² banyak pulak menu yang terfikir untuk masak, siap boleh senaraikan untuk 2-3 hari masak. Hehehee, itu bergantung pada kecergasan otaklah!
Jadi setakat 17 Ramadhan, Mas masih belum rasa bosan lagi memasak. Hari² bersemangat dan seronok dapat masak untuk husband dan anak² walaupun kadang tu badan rasa penat sangat. Tapi bila tengok mereka berselera makan, hilang semua rasa bosan dan penat tu. Rasa berbaloi dan lebih bersemangat fikir apa juadah nak masak untuk esok, pastu boleh banyak berjimat!
Menu hari ni dah fikir dah, awal pulak datang idea. Hehehee!
Kebanyakan juadah berbuka husband yg masak.. huhu..
BalasPadampuas hati lagi masak dari beli kannn.. good2! hihihi
BalasPadamwahhhh...terbaik akak...mcm juadah..huhuhu
BalasPadambetuk tu kak, kalau dorang yang berselera, hilang rasa penat memasak. IQ awal Ramadhan hari tu malas nak masak, tapi bila dah start masak, jadi seronok plak
BalasPadamSayatak tau masak. Hari2 makan kat kdai. Bini dah tak ada.
BalasPadam