Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 13 Jun 2017

Hari² masak, tak bosan ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

Kadang² orang cakap bulan puasa ni selera kita lain macam sikit dari hari² biasa, tekak tu terasa nak makan lain dari lain. Pastu kalau hari² makan masakan sendiri pun bosan jugak, sekali sekala nak buka puasa di luar. Pastu nak merasa beli juadah di bazar Ramadhan. 

11 Ramadhan | Ikan Percik, Kerabu Jantung Pisang + Kacal Botol, Sagu Kelapa


Mas akui memang betul jugak situasi tu. Kadang memang bosan makan masakan sendiri, lagilah bila buntu nak fikir apa yang nak dimasak. Tapi setakat 17 Ramadhan, Mas masih memasak hari² untuk juadah berbuka. Kuih pun Mas buat sendiri, belum pernah lagi membeli. Pastu setakat ni apa yang dimasak berselera je husband dan anak² makan, habis je lauk setiap kali masak. Mas pulak memang jenis tak memilih sangat kalau makan, apa yang dimasak itulah yang Mas makan. 

Bab nak memilih juadah apa untuk dimasak tu, memang setiap hari buntu nak fikir. "Apalah nak masak hari ni", pastu kadang tu dah pukul 4 petang barulah datang idea apa nak dimasak. Tapi kadang² banyak pulak menu yang terfikir untuk masak, siap boleh senaraikan untuk 2-3 hari masak. Hehehee, itu bergantung pada kecergasan otaklah!

12 Ramadhan | Sambal Ikan Bawal Petai, Tumis Air Bayam, Telur Masin


Jadi setakat 17 Ramadhan, Mas masih belum rasa bosan lagi memasak. Hari² bersemangat dan seronok dapat masak untuk husband dan anak² walaupun kadang tu badan rasa penat sangat. Tapi bila tengok mereka berselera makan, hilang semua rasa bosan dan penat tu. Rasa berbaloi dan lebih bersemangat fikir apa juadah nak masak untuk esok, pastu boleh banyak berjimat! 

Menu hari ni dah fikir dah, awal pulak datang idea. Hehehee!

13 Ramadhan | Paprik Campur, Telur Dadar, Lepat Pisang

14 Ramadhan | Pajeri Nenas, Daging BBQ, Pedal Goreng Berlada, Buah Mangga

16 Ramadhan | Sup Sayur Brokoli + Cendawan, Ikan Kerisi Goreng Berlada, Kuih Kaswi

5 ulasan:

  1. Kebanyakan juadah berbuka husband yg masak.. huhu..

    BalasPadam
  2. puas hati lagi masak dari beli kannn.. good2! hihihi

    BalasPadam
  3. wahhhh...terbaik akak...mcm juadah..huhuhu

    BalasPadam
  4. betuk tu kak, kalau dorang yang berselera, hilang rasa penat memasak. IQ awal Ramadhan hari tu malas nak masak, tapi bila dah start masak, jadi seronok plak

    BalasPadam
  5. Sayatak tau masak. Hari2 makan kat kdai. Bini dah tak ada.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com