Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 8 Jun 2017

Husband dapat cuti raya

Assalamualaimkum...(^ ^)

Masa nak mohon cuti raya Mas pilih bercuti dari 22/6 hingga 30/6, pastu bos pun terkejutlah kenapa cuti lama sangat. Terus jawab, "Tahun ni husband saya dapat cuti raya bos, jadi kena cuti lama sikit!" 

Yelah dari tahun 2014-2016 husband Mas tak balik raya tau, dah 3 tahun. Kalau ikutkan dia diberi cuti raya 2 tahun sekali, sepatutnya tahun lepas dia memang balik beraya. Tapi tetiba sehari sebelum raya dia bagitau tak dapat balik sebab cuti dibatalkan kerana kekurangan anggota. Masa tu dah siap² kemas beg tau nak balik, Mas dan anak² dah ada kat kampung. Memang dia kecewa sangat masa tu sebab dah teruja nak balik jumpa mak ayah setelah 2 tahun tak balik raya, tapi demi tugas terpaksa akur. Akhirnya jadilah 3 tahun tak balik, menangis mak dia pagi raya tu. Sob³ sedih!


Mas pulak mestilah sedih bila dengar tetiba tak boleh balik, yelah kita dan anak² pun dah seronok dia ada raya bersama. Tapi nak buat camne, kena redha demi tugas dia sebagai anggota bomba. Memanglah dah terbiasa dia takde di pagi raya kalau tak bercuti, cuma bila cuti dibatalkan saat akhir tu yang sebak. Dengan dah siap²kan baju raya dia pastu dah rancang nak raya kemana, tetiba semua tu takde. Mau tak sedih kan?

Jadi tahun ni dia dapat bercuti dari 24/6 hingga 30/6, seminggu jugaklah. Macam biasa 23/6 Mas akan balik dulu dengan anak², pastu 24/6 dia akan balik naik bas. Bolehlah beraya di kampung Mas kat Temerloh dan kampung dia di Kuantan. Kami pun dah tak sabar nak beraya dengan mak ayah dan adik beradik husband setelah 3 tahun tak raya bersama. 

Doa dan harapan Mas moga cuti husband dipermudahkan, janganlah tetiba saat² akhir cuti dibatalkan. Bukan minta ia berlaku tapi takut sangat kalau terjadi macam tahun lepas. Jadi nak tak nak kami kena bersedia dengan apa kemungkinan lebih awal supaya tak terlalu kecewa. 

6 ulasan:

  1. wahhh, berada ke kuantan ke kak mas? IQ balik terengganu, lepas tu ke kuantan dan jugak pekan, pahang. kalau terserempak tu say hye2 tau kak. heeee

    BalasPadam
  2. Semoga semuanya dipermudahkan bila nk balik nnt ye

    BalasPadam
  3. susah juga macma tu kan.. takpe ..demi negara ....

    BalasPadam
  4. hurmmm eddy kena standby raya ni tapi sib baik bleh standby kat umah je dan sib baik umah kat sg buloh je dan kebetulan raya ni turn sini huhuu,cuma tak leh ikut mak mertua gi raya sampai perak la risau on call huhuuu

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dapat beraya bersama

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com