Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 9 Jun 2017

Jumpa Pakar Pemakanan gara² HB rendah

Assalamualaikum...(^ ^)

5/6/17 lepas Mas kena jumpa Pakar Pemakanan untuk diberi kaunseling pasal pemakanan sihat untuk ibu hamil, lagi pun Mas kan ada sejarah GDM masa mengandung Airis dulu. Jadi doktor suruh jumpa jugak untuk Mas lebih kawal pemakanan masa hamil ni, supaya sejarah GDM tak berulang. 

Pastu masa check up 4 bulan hari tu Mas perasan yang HB turun agak drastik dari 13.1 ke 10.6, tapi masa jumpa doktor dia tak cakap apa² pun pasal HB tu. Jadi Mas andaikan takde apa²lah kot sebab Mas memang tak pernah ada masalah HB masa mengandung.


Tapi bila jumpa jururawat kat kaunter untuk ambil tarikh temujanji dengan Pakar Pemakanan dia kata kena jumpa jugak pasal HB rendah tu. Katanya dah rujuk doktor dan memang kena dapatkan kaunseling dari pakar sebab HB turun agak rendah. Hurmmm akur jelah, mungkin masa jumpa doktor dia tak perasan sangat result HB Mas tu. 

Jumpa Pakar Pemakanan 5/6 tu dapatlah 2 kaunseling, satu pasal GDM dan satu lagi pasal HB rendah. Memang kena betul² jaga pemakanan, dan pasal HB rendah kena amalkan makan banyak protein dan sayuran hijau. Mas akui hamil kali ni memang Mas kurang suka makan ikan, ayam dan sayur. Tekak memang susah nak terima, lagi² masa 4 bulan pertama mengandung. Agaknya sebab itulah HB boleh turun mendadak!

Tapi alhamdulillah sekarang dah boleh makan sikit² ikan, ayam dan sayur, takde dah rasa loya². Pastu Mas banyakkan makan hati ayam dan sayur bayam, katanya boleh tambah darah dan HB akan kembali normal. Vitamin Obimin memang doktor ada bekalkan tapi alahai susah betul nak makan, bukan apa kalau makan mesti pening dan loya². 

15/6/17 ni ada temujanji untuk check up 5 bulan, haraplah masa tu HB dah kembali normal. Kalau tak mesti kena bising dengan doktor ni! 

5 ulasan:

  1. sy pun hb rendah kak.. masa masuk lr bersalinkan addeena ari tu ingat lgi doc kata hb below 9..

    BalasPadam
  2. vitamin masa mengandung la paling liat nak makan sebab memang buatkan pening kepala, nak muntah2 jadinya..

    sama la, IQ lebih banyakkan makan hati ayam dan juga kerang, bantu untuk naikkan HB dulu

    BalasPadam
  3. hari tu dapat pil utk tambah darah, pil yg kecik2 tu... Bonde pon kena makan... hu hu hu

    BalasPadam
  4. sue hb cun,gdm sangkut sampai penat ulang buat bsp huhuu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com