Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 22 Jun 2017

Kek Aiskrim KitKat Oreo

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh berjaya jugak buat kek ni semalam untuk hari jadi anak dara, dan yang paling seronok dia suka sangat. Adik²nya pun tumpang seronoklah dapat makan kek aiskrim yang dah lama suruh mama buat. Airis lagilah, tak sabar tunggu kek keras dah ajak makan, hehehee!

Jadi hari ni Mas nak kongsikan cara buat Kek Aiskrim KitKat Oreo tu, mana tau korang nak buat untuk hari jadi anak². Bajet tak mahal mana pun, dalam RM30 je. Kalau beli kek kat luar, ½ kg kek dah dekat RM50 harga. Pastu kek aiskrim ni tak muak makan, anak² lagilah suka dapat makan aiskrim. 

Ini Mas kongsikan bahan² dan cara membuatnya, senang tak perlu kukus atau bakar. Siap dalam masa ½ jam dan boleh letak je dalam peti ais bagi keras. 


Bahan-bahan
10 pek KitKat
2 pek biskut Oreo 
1 bekas aiskrim (beli perisa Neapolitan yang ada 3 perisa)

Cara² membuatnya
1. Letakkan KitKat secara menegak di sekeliling loyang. Mas guna loyang bulat yang cukup untuk 10 keping KitKat. Kalau loyang lagi besar kena guna lebih. 

2. Kisar atau tumbuk 1½ pek biskut Oreo dan letakkan di lapisan bawah loyang. Ratakan supaya nampak padat. Kalau nak isi lebih pun boleh, ikut mana yang kita suka. 


3. Letakkan aiskrim lapisan demi lapisan dimulai dengan perisa strawberi, vanilla dan kemudian coklat. Ratakan supaya aiskrim padat dan tidak bercampur antara satu sama lain.

4. Akhir sekali susun 10 keping atau lebih biskut Oreo dan Kit Kat di atas sekali. Nak letak coklat rise, coklat cip atau coklat M&M pun boleh. Ikut mana yang kita suka. 


5. Dah siap bolehlah letak dalam freezer hingga aiskrim betul² keras.
Nota: Mas terpaksa patahkan sikit KitKat tu sebab tak sama tinggi dengan loyang, nampak tak cantik sikitlah. Jadi kalau nak cantik guna loyang yang sama tinggi dengan KitKat tu. 

Mudah je kan? Selamat mencuba!


3 ulasan:

  1. Aiseh.....best ni....nampak macam kek mesti dah rasa teruja

    BalasPadam
  2. Nak keluarkan dari loyang tu senang ke tak yer? Sbb tak payah pakai plastik wrap ek?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com