Terkini dan Sensasi

Sabtu, 3 Jun 2017

Pemahaman Airis tentang puasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Airis ni memang bijak dan panjang akal sikit, di usia nak masuk 5 tahun dah macam² dia tahu. Mungkin dia belajar di sekolah atau dari percakapannya dengan kakak dan abang. Tapi baguslah, apa yang dia tahu tu bersifat positif dan merangsang perkembangan minda. Walaupun kadang² yang dia tahu tu ikut pemahaman dia sendiri

Macam bila tiba bulan puasa ni, dia orang yang paling seronok dan teruja. Awal² dia dah suruh mama, babah, kakak dan abang baca niat puasa. Sorang² kena baca tau, dia nak dengar! Jadi pemahaman pertama dia tentang puasa ialah semua kena tahu baca niat, tak tahu tak boleh puasa katanya. Bagus Airis, jadi kelam kabutlah abangnya nak ingat niat puasa. Hehehee, abang memang selalu lupa! 


Lagi satu yang dia faham bila azan Maghrib je semua kena buka puasa, kena duduk makan sama². Sebab itulah setiap kali masuk waktu berbuka dia orang yang paling sibuk. Suruh mama hidang makanan, buat air, pastu suruh abangnya baca doa buka puasa dan doa makan. Haaaaa mengalahkan orang berpuasalah Airis ni, hehehee! Tapi takpe, Mas suka cara pemahaman dia tu. Sekurang²nya dia tahu bila waktu berbuka, kena makan sama² dan baca doa. 

Pastu lagi yang dia faham, bila puasa kena bangun sahur. Jadi kalau kami semua bangun bersahur dia akan bangun jugak, tapi tidaklah setiap hari. Kalau dia terjaga tu pasti akan bangun. Masa sahur tu siap nak makan nasi lagi, pastu baca niat seolah² esok dia berpuasalah. Tapi lepas je azan Subuh terus mintak susu sebotol, hahahaa! Takpelah kan, Mas layankan je. Dari situ dia dapat belajar dan faham sikit² apa itu berpuasa. Nanti bila dah besar dia akan lebih tahu dan seronok nak berpuasa. 

Sebab itulah kita sebagai ibu bapa kena galakkan anak² belajar apa itu puasa dan cara berpuasa dari kecil lagi. Bukan kita paksa mereka berpuasa penuh dari umur 5 tahun tapi ajar sikit², biar niat mereka nak berpuasa tu datang dari keseronokan bukan paksaan. Insya Allah nanti mereka tak akan curi² ponteng puasa sebab dah rasa keseronokan berpuasa tu!

2 ulasan:

  1. Wahhh... Bagus anak kak mas ni... Baguslah dr awal dah terap erti puasa pada anak.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com