terkini dan sensasi

Ahad, 11 Jun 2017

Pembuka selera : Masak Tempoyak Pucuk Ubi + Petai

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh dah lama tak buat masak tempoyak ni, bukan apa susah betul nak cari pucuk ubi, petai dengan tempoyak. Semalam satu Nilai dengan Salak Tinggi husband cari nak beli barulah jumpa, tapi harga jangan cakaplah memang mahal sikit. Benda susah nak cari kan? 


Mas memang suka buat Masak Tempoyak Pucuk Ubi + Petai ni, kira menu wajib jugaklah kalau bulan puasa. Itulah pembuka selera yang boleh bertambah nasi 2-3 pinggan, husband dan anak² pun suka. 

Jadi Mas nak kongsikan resepinya, mana tau korang takde idea nak masak apa hari ni kan? Bolehlah cuba masak tempoyak ni, senang je!

Bahan-bahan
Seikat pucuk ubi kayu (dihiris kasar)
3 papan petai
3 batang serai (sebatang diketuk dan 2 batang dihiris nipis)
Sebiji lada besar (dihiris)
Segenggam ikan bilis
Semangkuk santan pekat
3-4 sudu tempoyak 
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
Garam, kunyit dan asam keping


Cara² membuatnya
1. Celur pucuk ubi kayu dan serai lebih kurang 5 minit sehingga layu. Kemudian bila dah agak layu daunnya buangkan air rebusan. Pastu masukkan cili api, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus bersama. 

2. Kemudian masukkan petai, lada besar, serai yang diketuk, ikan bilis, tempoyak, semangkuk santan dan sesudu kecil kunyit. Gaul sebati dan masak di atas api sederhana. Bila dah menggelegak, masukkan garam dan asam keping. Perasakan supaya ada rasa masin dan masam. Masak sehingga kuah sedikit pekat. 

Tips: Kalau ada daun kaduk pun boleh diisi dalam 10 helai, sedap! Tapi semalam Mas cari tak jumpa, susah nak cari kat kawasan bandar ni.

Selamat mencuba!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com