Terkini dan Sensasi

Selasa, 6 Jun 2017

Pembuka selera : Tumis Nenas Cincang

Assalamualaikum...(^ ^)

5 Ramadhan hari tu Mas ada kongsikan juadah berbuka puasa di Instagram dan salah satu menunya ialah Tumis Nenas Cincang. Ini memang menu wajib Mas buat setiap kali berpuasa atau hari² biasa. Sebab menu sebeginilah yang boleh membuka selera kita untuk makan ketika berpuasa ni. Lagi pun juadah berbentuk sambal tumis ni lebih sedap dimakan dan jugak mudah disediakan. 


Macam Mas memang suka sediakan menu tumis², sambal atau goreng² dalam bulan puasa ni. Di samping ringkas dan mudah disediakan itulah yang boleh memikat selera untuk makan. 

Jadi Mas nak kongsikanlah resepi Tumis Nenas Cincang ni, mana tau boleh dijadikan menu berbuka puasa korang hari ni. Mudah sangat nak sediakan, ½ jam dah boleh siap dan bahan² pun tak banyak.

Bahan-bahan
Sebiji nenas masak (dicincang kasar)
2 genggam ikan bilis
10 biji cili kering (dikisar)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebatang serai (diketuk)
2 keping asam gelugur
Garam, gula dan serbuk Pasti Sedap


Cara² membuatnya
1. Tumiskan bawang putih dan bawah merah sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga cili sedikit garing. 

2. Pastu masukkan nenas yang telah dicincang. Masak sehingga air dari nenas tersebut kering sedikit. Kemudian masukkan ikan bilis dan serai. Tambahkan asam gelugor, garam secukup rasa dan serbuk Pasti Sedap. Gula boleh masukkan sedikit, jangan banyak sangat sebab nenas pun dah rasa manis.

3. Masak sehingga sedikit kering. Kalau suka ada kuah bolehlah tambah sedikit air. 

Itu saja bahan² dan cara² membuatnya, mudah kan? Selamat mencuba.

5 ulasan:

  1. terliur tgk tumis nenas cincang tu... rajinnya mas masak...

    BalasPadam
  2. Hi salam kenal.. done followwww :)

    BalasPadam
  3. macam Arwah suami IQ la, suka sangat tumis2 sambal2 ni.

    kecur air liur, heeee

    BalasPadam
  4. Sis, baru je cerita dengan opismate menu ni, kebetulan lah pulak ;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com