mrs secretary

Jumaat, 16 Jun 2017

Perbelanjaan raya anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila fikir bab belanja raya ni kadang buat kita pening jugak, terutama di zaman ekonomi makin dahsyat ni. Dengan GST nya dan harga naik lagi, kadang dah buat bajet pun masih tak cukup kan? Jadi kenalah pandai dan bijak berbelanja, buat ala kadar dan setakat yang termampu dan diperlukan je.

Macam Mas bila bab perbelanjaan raya ni sudah tentu akan lebih ke anak² je, Mas dan husband baju sepasang sorang cukuplah. Lagi pun anak² yang seronok nak raya kan, kita yang dah dewasa seronok tengok anak² gembira je. 


Mulanya Mas bajet nak beli baju sepasang sorang je untuk anak², memandangkan bajet agak terhad tahun ni. Niat nak suruh mereka pakai baju biasa yang lama² je! Tapi bila anak² cakap, "Alaaaaa mama baju lama dah lusuh, nak jugaklah baju baru 1-2 helai". Haihhhh sebak pulak bila anak² cakap camtu, dahlah mereka tak sabar nak beraya. Jadi kami kena usahakan jugak cari bajet untuk beli. Siapa tak nak tengok anak² gembira kan?

Jadi hujung minggu ni misi mencari baju biasa dan seluar untuk anak², dapat 1-2 helai sorang jadilah. Pilihan Mas tentulah pergi kedai yang jual dengan harga yang murah, janji baju cantik dan berkualiti. Lagi pun anak² makin membesar tak perlulah nak beli mahal² sangat. Dapat pakai dan bergaya di hari raya itu dah memadai. 

Bajet Mas tetapkan siap², sorang RM100 je untuk baju, seluar dan kasut. Itupun dah RM300 untuk 3 orang, fuhhh! Memang dapat bonus dan gaji awal tapi kena berjimat cermat oiiiii, kang lepas raya makan maggi je hari². 

Korang camne, banyak ke belanja raya untuk anak²?

6 ulasan:

  1. TAHUN KAMI BIASA2 JE SEBAB NAK MASUK RUMAH

    BalasPadam
  2. bila kenangkan anak, terus kata on. biarpun dari awal kata lain, buatnya lain,...kan?

    BalasPadam
  3. Napa ntah ,tak excited buat persiapan raya tahun ni huhuuu,dok beli baju humaira je sebab dari lahir baju dia tak beli sgt bayak org bagi,mak ayah humaira pakai baju yang ada je la,kuih raya pun dua2 wat tak tahu je hahahha,duit raya pun last minit baru tukar tu pun abg ipar offer kalau tak dua2 buat tak tahu je hahahha...

    BalasPadam
  4. Tiap2 tahun macam tu la.. Perbelanjaan untuk anak2 memang kena simpan awal2.. Beli pun awal untuk elak shopping last minute.. Hehe..

    - ERAZ FADLI

    Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html

    TQ :)

    BalasPadam
  5. Saya pula, memang elakkan berbelanja last minute.
    4-5 bulan sebelum raya dah reserved sejumlah amaun untuk beli baju anak2 secara sedikit2. Cth bulan ni cover baju melayu. Bulan depan cover baju biasa abg long sahaja.. Bulan depan abg ngah pula.. Seterusnya sampai habis 4 beradik.
    Sekarang ni, mmg x menyelit la masa org lain berbelanja baju raya

    BalasPadam
  6. budak budak paling seronok kalau nak raye ni..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com