terkini dan sensasi

Rabu, 14 Jun 2017

Pilihan baju raya sedondon

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa lagi 10 hari je kita nak sambut Aidilfitri, baju raya dah beli ke belum? Tema raya pulak dah pilih ke, pastu raya sedondon atau warna warni? 


Kebanyakkan orang terutama yang dah berkeluarga pasti akan memilih baju raya sedondon kan? Yelah nak nampak cantik dan berseri² di pagi raya, pastu bila bergambar nampak menarik je. Kadang tu ada yang satu keluarga termasuk adik beradik dan ipar duai pakai baju raya sedondon, meriah je tengok! Macam Mas pun boleh dikatakan setiap tahun akan beli baju raya sedondon, nampak cantik dipakai bila di pagi raya. Nak pulak bila dah ada anak² lagilah kita nak baju sedondon kan, baru nampak satu keluarga bahagia. Tak gitu, hehehee!

Cuma nak cari baju sedondon ni memang payah sikit, terutama dari segi warna. Nak cari warna yang betul² sama tu memang susah nak dapat, kecuali pergi kedai kain ela dan beli sekayu kain terus. Hehehee, itu mesti sama je dari ayah hinggalah ke anak. Tak pun pergi kat pasaraya Mydin, mesti ada jual baju sedondon untuk satu keluarga.


Tapi Mas takdelah nak cari warna yang betul² sama untuk satu keluarga, biasanya yang nampak seakan² sama. Kadang tu yang perempuan warna lain, yang lelaki pulak warna lain. Nampak cantik jugak kalau gabungkan 2 warna kan? Macam tahun lepas kami pilih warna merah untuk perempuan dan coklat untuk lelaki. Tahun ni pun 2 warna, nanti raya baru bagitau. 

Ini antara baju sedondon Mas di pagi raya. Korang camne, sedondon ke tak raya tahun ni?




6 ulasan:

  1. happy family
    wajib sedondon utk raya

    BalasPadam
  2. Saya suka sedondon tapi warna tak nak 100% sama.

    BalasPadam
  3. ramai dah yang buat persiapan raya ni .. CCL pun pakai warna sedondon jugak tahun ni ,,btw new follower kat sini ..salam perkenalan

    BalasPadam
  4. bila dah berfamily mmg wajib warna sedondon hehe

    BalasPadam
  5. wahh, meriah! bermacam2 warna ada haa, cantik!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com