Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 21 Jun 2017

Selamat Hari Lahir Kakak

Assalamualaikum...(^ ^)

21/06/2017, Selamat Hari Lahir Nur Atikah Asyikin!

Besar dah anak dara mama, 14 tahun dah umur hari ni. Sedar tak sedar nanti dah masuk universiti pastu dah nak kahwin, alahai pantas masa berlalu. Moga mama dan babah dipanjangkan umur dan sempat lalui saat² itu dengan kakak!


Seperti biasa kalau birthday anak² memang Mas tak buat sambutan yang meriah pun, cukuplah raikan ajak makan kat luar dan belikan kek. Tapi memandangkan sekarang ni bulan puasa, Mas akan masakkan menu istimewa sikit hari ni dan buatkan kek untuk dia. Kebetulan pulak hari ni dia dah boleh balik dari asrama, jadi bolehlah raikan masa buka puasa nanti.

Nak masak menu apa belum ada idea lagi ni, cadang masak apa yang kakak Atikah suka makan. Pastu kek pulak nak buat kek aiskrim je, senang dan itu jelah yang Mas pandai buat. Hehehee, lagi pun anak² pasti suka terutama si Airis. Nanti laju jer dia cakap itu kek untuk birthday dia! 


Untuk kakak, mama doakan semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Moga berjaya dalam pelajaran dan dapat kejar cita² yang diimpikan. Mama mintak maaf kalau selalu garang dan marah², bukan tak sayang tapi nak yang terbaik untuk anak mama. Mama, babah dan adik² sayang kakak!

3 ulasan:

  1. selamat ulangtahun kelahiran kakak!

    BalasPadam
  2. dah besar anak awak ye. dah anak dara gitu. happy birthday kakak semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah

    BalasPadam
  3. Besar dah kakak...kejap je kan...semoga kakak menjadi anak solehah yang sentiasa baahagiakan family dia ...amiin

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com