mrs secretary

Isnin, 5 Jun 2017

Selesai shopping untuk raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Memandangkan Mas ni mengandung mood nak shopping tu malas sangat, rasa tak larat je nak pergi bersesak² tu. Nak shopping online tu boleh tapi bab memilih baju ni husband cerewet sikit, mesti nak kena belek betul². Kang beli online dia tak berkenan susah pulak, nak tukar bukannya senang. 

Jadi Sabtu lepas gagahkan diri pergi walaupun tak berapa sihat. Lagi pun bila fikir semula kalau shopping lambat² nanti lagilah malas sebab dekat nak raya lagi ramai orang. Pastu pilihan pulak mesti dah terhad sebab dah ramai yang beli. Dahlah sekarang nak cari baju yang sedondon agak susah sikit.

Destinasi pilihan Mas biasanya dekat Shah Alam sebab Mas dah biasa beli baju kat satu butik ni. Mas suka baju² yang dijual di situ, murah² dan banyak pilihan yang cantik². Jadi untuk Mas dan Atikah kami pilih jubah dress je, senang! Mas pun dah pilih siap² kat website butik tu jubah mana yang berkenan, sampai butik pilih saiz dan fitting pastu terus beli. Selesai, takde nak cerewet sangat pun!


Misi nak mencari baju lelaki ni yang agak lemah sikit sebab husband memang cerewet bab memilih baju melayu ni. Dia nak yang betul² berkenan di hati dan smart dipakai kat badan. Jadi nak tak nak kenalah ikut jugak, janji dia puashati dan dapat apa yang dihajati. Mula² kami ke SACC Mall sebab kat situ agak banyak jugak pilihan baju² melayu. Memang dari jam 4 petang sampai dekat pukul 6.30 dok tunggu husband pilih baju mana yang dia berkenan. Akhirnya dah dekat nak waktu berbuka baru dapat baju melayu yang dia suka dan sesuai dengan warna tema kami. Baju untuk Airis nasib baik ada jugak kat kedai tu, terus cari saiz dan fitting. Lega dah selesai, dapat jugak cari baju yang ikut tema raya kami walaupun warna tu takdelah sedondon sangat. Hampir² pun jadilah kan?

Dah boleh tarik nafas legalah bila dah selesai shopping untuk raya ni. Lepas ni tinggal nak beli baju² biasa, seluar jeans dan kasut untuk anak² je. Yang tu lambat sikit pun takpe sebab banyak pilihan, lagi pun kena tunggu duit bantuan RM500 dulu. Mas dengan husband cukuplah sepasang sorang, biar anak² je yang lebih sikit. Bagi mereka rasa seronok sikit nak raya kan? Lagi pun nak kena berjimat jugak sebab lepas ni barang² baby pulak menanti, fuhhhhh!

Korang dah selesai ke shopping raya?

8 ulasan:

  1. wow lega kan dah shopping awal2

    BalasPadam
  2. tahniah sis pregnant..same la da siap da sopim rye

    BalasPadam
  3. Fuhh xg cari lagi baju raya , mcm xde mood haha

    BalasPadam
  4. waa.. dah siap shopping !! kita tak lagik.. hee~ tak tau nak beli ape, nak beli kat mana..

    BalasPadam
  5. I pun dah settle shopping baju raya. Baju melayu hubby & anak anak recycle tahun lepas punya ja. I ja kena buat baru sebab baju tu dah mengecut hahahah

    BalasPadam
  6. Best cari baju raya meriahhh....nampak dah peyut comel kak mas tu

    BalasPadam
  7. tak lagi. malasnya nak g cariiiiii.. pnt. hahahaha

    BalasPadam
  8. kalau dah siap shopping memang rasa lega sangat kan? tapi baju melayu Qaíd tak setel lagi, adehhh

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com