Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 1 Jun 2017

Susu Kambing Etsumell Choco Oat : Susu pilihan ketika berpuasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila sebut je perkataan susu terus Mas gelengkan kepala sebab Mas bukanlah penggemar dan peminum susu, baik susu lembu atau pun susu kambing. Bukan tak boleh minum atau telan tapi lebih kepada tak suka minum. Tapi sejak disahkan mengandung Mas kenalah paksa diri untuk minum susu, demi kesihatan Mas dan baby. Nak² lagi dah masuk bulan puasa ni kan, wajib minum susu!


Susu Kambing Etsumell Choco Oat Jadi Pilihan
Mas memilih Susu Kambing Etsumell sebab seperti yang kita tahu susu kambing merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu dan merupakan minuman sunah. Susu kambing jugak mudah dihadam, bersifat alkali dan meneutralkan asid yang membantu mengelakkan gastrik. Pastu kandungannya dari bahan² semulajadi, tiada bahan pewarna serta tiada perisa tiruan dan bahan pengawet. Jadi memang sesuai sangat untuk wanita hamil seperti Mas yang perlu minum susu yang tak memberikan kesan sampingan kepada diri dan kandungan.


Susu Kambing Etsumell ini jugak menjadi pilihan Mas ketika bersahur di bulan puasa ni. Yelah, berpuasa ketika mengandung ni memerlukan banyak tenaga, jadi Mas memang kena minum susu untuk kekal kenyang sepanjang berpuasa. Lagi pun kandungan oat dan kurma di dalamnya dapat memberi tenaga tambahan dan khasiat yang baik untuk membantu ibu² hamil berpuasa. Sepanjang puasa ni memang setiap kali sahur Mas akan minum secawan dan alhamdulillah Mas mampu berpuasa, badan pun kurang rasa penat dan mengantuk serta kurang rasa lapar. Rasa choco yang sedap tu membuatkan Mas boleh minum walaupun tak suka susu!

Sesuai untuk seisi keluarga
Haaaaa lagi satu Susu Kambing Etsumell ni sesuai diminum oleh seisi keluarga, kira beli satu pek pakej untuk semualah. Mas memang bagi anak² minum ketika sahur supaya mereka tak penat berpuasa. Lagi pun anak² suka minum sebab rasanya yang sedap! Husband pun Mas suruh minum supaya dia kekal bertenaga untuk bertugas di bulan puasa ni. Yelah ahli bomba kan, tugas mereka sentiasa mencabar tak kiralah berpuasa atau tak. Jadi bila minum susu ni mereka semua tiada masalah ketika berpuasa dan sentiasa kekal bertenaga sehinggalah waktu berbuka.


Jadi Susu Kambing Etsumell memang sesuai untuk semua golongan baik wanita hamil, kanak², orang dewasa, remaja, warga emas dan ibu menyusukan anak. Antara kebaikan dan khasiatnya ialah:

1. Membantu sistem penghadaman dan menghindarkan masalah sembelit
2. Meningkatkan selera makan dan membekalkan nutrien kepada tubuh
3. Merangsang hormon susu ibu dan sebagai milk booster
4. Khasiat Oat dan Kurma untuk kenyang lebih lama dan beri tenaga tambahan
5. Khasiat DHA, Kismis dan Madu membantu meningkatkan IQ dan EQ kanak²
6. Khasiat Manna Gum/Gum Arab menguatkan imunisasi badan ibu dan anak agar tidak kena penyakit
7. Rasa Choco dapat membuka selera anak² yang tiada selera waktu bersahur


Haaaaa banyakkan khasiatnya, jadi kenalah ada 1 kotak dirumah sepanjang bulan puasa ni. Untuk order atau sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Instagram: @etsumell_hq
No. Telefon: 011-23451742

Lagi satu nak war²kan, pihak pengurusan Etsumell mencari sesiapa yang berminat jadi Ejen/Stockist/Dropship di seluruh Malaysia. Bagi yang menyertai akan mendapat kadar keuntungan 25%-35%. Haaa kalau korang berminat berniaga bolehlah cuba, hubungi je nombor tertera di atas.

18 ulasan:

  1. Wah banyak juga khasiat susi kambing Etsumell ni ya .. molek jugak cuba satu kotak .. tq Mas kongsi produk ni..

    BalasPadam
  2. yeahhh nak try jugak lah , nak minum untuk diri sendiri hihi

    BalasPadam
  3. Kalau coklat nampak swdap...eh nak beli la

    BalasPadam
  4. huh senang nak sahur kalau makanoat ni..x yah susah2 masak nasi...

    BalasPadam
  5. cm best je nmpak. nk kna cuba jgk ni

    BalasPadam
  6. Mmg bes kak. Hannah suka minum..

    BalasPadam
  7. jarang kn jmpe susu kambing coklat flavor camni? sedap niii... :)

    BalasPadam
  8. Susu kambing coklat.. budak2 mesti suka kan.. boleh try ni.. thank you share info

    BalasPadam
  9. ade sample sisi nak try mana tau berminat

    BalasPadam
  10. Kalau x minim susu mcm kite boleh kot pilih yg perisa coklat hehe

    BalasPadam
  11. macam sedap je.. nak cuba la

    BalasPadam
  12. o.k jugak kan pagi sahur tak berapa nak selera makan elok minum susu yg berkhasiat camni

    BalasPadam
  13. Antara minuman wajib ambil ni untuk kekal kuat semasa berpuasa seharian nanti.

    BalasPadam
  14. Susu coklat mmg pilihan lin jgk...

    BalasPadam
  15. Ohhh ada oat, kurma ngan delima ye, mmg bagus lah susu ni

    BalasPadam
  16. Anak² Nina suka susu coklat Etsumell ni... Sedap kata depa

    BalasPadam
  17. nampak macam sedap..tapi tak tahu kalau ema ni boleh terminum ke tak..dahlah susu...kambing pulak tu..jenis yg tak makan dan minum dua-dua.

    BalasPadam
  18. wahhh susu coklat..sedapnya..kena try nie

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com