Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 14 Julai 2017

Airis si panjang akal

Assalamualaikum...(^ ^)

Nur Airis Arissa ni memang banyak beza dari kakak dan abangnya, panjang akal terlebih betul. Kadang Mas dengan husband tak jangka betul perangai, sikap, kelakuan dan kepetahan dia. Yelah umur dia pun belum genap 5 tahun lagi, tapi akal dan percakapan dia dah macam remaja belasan tahun. 


Orang kata kebijakkan dia tu mungkin sebab memiliki 2 pusar kat kepala. Yelah Mas ada jugak terbaca menurut DFMK kanak² yang punya 2 pusar ni sebenarnya sangat banyak akal, banyak idea dan sangat bijak. Mungkin sebab itulah Airis ni panjang akal sikit setiap kali buat sesuatu atau berkata².  

Contohnya kalau bertanyakan sesuatu soalan memang kita tak duga langsung dia boleh tanya soalan camtu, kakak dan abang dia dulu pun tak pernah tanya. Nak tak nak Mas atau husband kena cuba jawab soalan dia tu, kalau tak banyak kalilah dia akan tanya. Macam pagi ni masa pergi sekolah, boleh dia tanya soalan mencabar minda kat babahnya. Soalannya, "Babah bila Airis boleh kahwin. Nanti Airis boleh dapat baby macam mama!" Haaaaa haru babah ko nak jawab dik, hahahaa!


Pastu kalau dia nak kan sesuatu dari Mas atau husband memang pandai dia cari akal untuk dapatkan jugak. Macam² dia susun ayat dan cakap itu ini yang akhirnya akan menjerat kami, pastu memang tergelaklah sebab sudahnya kami yang terkena jugak. Masa tu tak boleh buat apa dah, kena tunaikan jugak permintaan dia dek kerana kita dah tersilap faham ayat dia. Memang panjang akal dan bijak sungguh Nur Airis Arissa ni.

Tapi takpe, kami seronok dengan sikap dan keletah dia tu. Sekurang²nya sikap panjang akal dia tu membuatkan dia lebih matang dan dapat bantu pemikiran dia. Apa pun kami tetap pantau jugak, janji dia tak buat perkara yang negatif atau cakap perkara yang tak baik cukuplah. 

3 ulasan:

  1. mmg budak2 kalau ada dua pusar ni xley dijangka cerdik dia, IQ pun terkejut baca ayat dia macam tu...haha!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, bagusnya Airis. Nama pun cantik..")
    kalau pusar 2 kat kepala bdk laki, org tua selalu kata kahwin 2 ni.. haha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com