Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 17 Julai 2017

Baju raya dari Butik Color Blast

Assalamualaikum...(^ ^)

Cantik tak baju raya Mas ni, haaa mari Mas bagitau kat mana beli.


Sejak dah malas beli kain pasang dan tempah baju raya dengan tukang jahit, Mas hanya beli baju raya dah siap. Rasanya lebih mudah, nanti takdelah hadapi masalah baju tak siap atau tak menepati citarasa bila dah dekat nak raya. Lagi pun bukan mudah nak memilih tukang jahit yang sesuai dengan kita kan? Pastu anak² pun dah ramai, kalau nak beli kain pasang pastu tempah baju lagi memerlukan kos yang agak tinggi.

Tapi memilih baju yang dah siap ni bukannya mudah, kena jugak cari butik yang jual baju yang sesuai dan menepati citarasa kita. Pastu Mas pentingkan kualiti dan harga yang berpatutan, tak naklah beli yang mahal² sangat. Janji baju tu selesa dipakai, tahan lama dan kainnya berkualiti.



Jadi sejak 2015, koleksi baju² di Butik Color Blast menjadi pilihan Mas. Dah 3 tahun berturut² Mas beli baju kat butik ni, setakat ni memang puashati. Kat butik ni ada pelbagai jenis pilihan baju² seperti jubah dress, peplum, kebaya, baju kurung moden dan blaus. Harga yang ditawarkan sangat sangat berpatutan dan mampu milik, semuanya bawah RM100. Haaa jangan tak caya, memang murah!

Ini antara koleksi² baju yang Mas beli di Butik Color Blast ni, semuanya cantik² kan? Untuk Atikah pun Mas beli kat butik ini jugak sebab dia memang dah pakai baju saiz dewasa. Sebelum beli Mas akan tengok dan pilih dulu yang mana berkenan dekat website mereka, pastu barulah ke butiknya di Shah Alam untuk fitting saiz. 




Haaa mana tau kot korang berminat nak cuba koleksi baju² cantik dan murah di Butik Color Blast ni bolehlah beli secara online atau pergi sendiri pilih kat butik mereka di Shah Alam. Ada pelbagai pilihan design yang menarik dari saiz XS hinggalah XL. Pastu boleh layari laman media sosial mereka untuk tengok koleksi baju pilihan.


Alamat
D-3A-G & D-3A-1
Jalan Serai  Wangi H/16H
Alam Aveneu 1, Seksyen 16
Shah Alam, Selangor

3 ulasan:

  1. Wahhh cantik cantik....kalau below hundred best la shopping...hihi

    BalasPadam
  2. cantik baju2nya...kalau dah berkenan memang akan selalu ke tempat tu kan?

    BalasPadam
  3. Cantiknya...harga pun murah berbaloi betul ni kak

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com