Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 24 Julai 2017

Bila bantu anak² buat kerja sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila anak² datang kat Mas sambil bawa buku dan cakap, "Mama camne nak jawab soalan ni, tak berapa pandailah!" Fuhhhhh masa tu mamanya rasa nak masuk sekolah semula, belajar semua matapelajaran yang anak² belajar. Mana taknya apa yang anak² belajar sekarang makin susah, tak sama langsung dengan apa yang kita belajar dahulu. Zaman KBAT jadi mak² pun kena hebat jugak, haaaaa gitu!

Jadi nak tak nak Mas kena cuba jugak bantu, perah otak dan ingat kembali apa yang pernah belajar masa sekolah dulu. Walaupun tak sama tapi mama tak boleh mengalah kan, kena cuba dulu. Kalau soalan matapelajaran Bahasa Melayu ke, Sains ke atau Bahasa Inggeris ke bolehlah lagi tapi kalau soalan Matematik mulalah mama gementar semacam. Maklumlah mamanya ni kurang genius sikit ilmu Matematik ni, hehehee!


Tapi Mas usahakan jugak, kalau soalan agak senang dan masih ingat formula² tu dapatlah Mas cuba jawab. Kalau agak rumit Mas akan minta tolong pak saudara diaoranglah, iaitu abang Mas.  Whatsapp je kat dia gambar soalan Matematik tu sekelip mata je dia bagi cara² jawap, formula dan jawapan. Haaaaa dia memang genius Matematik, jadi legalah sikit dapat bantu anak sehingga termampu.

Memang diakui apa anak² belajar sekarang agak rumit, jadi kita kena jugaklah ambil tahu. Masa anak buat kerja sekolah kita turut sama sekali, tengok camne mereka jawab soalan. Masa tu kita dan anak boleh saling kongsi idea camne nak selesaikan soalan tu dan dapat jugak kita fahami. Mana tau adik² dia nanti tanya bentuk soalan yang sama bolehlah kita cuba bantu kan? 

Gitulah sekarang, mak ayah kena sama² sekolah macam anak² jugak. Hehehee!

5 ulasan:

  1. betul la... kerja sekolah anak2 sekarang lagi susah. kadang jammed otak tengok kerja sekolah diorang...huhu

    BalasPadam
  2. Saya tak bantu anak sekolah belajar sebab tak ada anak yg sekolah ni

    BalasPadam
  3. Silibus budak zaman sekarang..mak aiiii, susah betul..parents memang kena turun padang untuk bantu pembelajaran anak-anak. Kalau tak anak-anak kemungkinan besar akan struggle

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com